web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cub Prix Kembali, Litar Antarabangsa Sepang Gamat Semula

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 7:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Ancaman pandemik COVID-19 tidak menghalang untuk saingan kejuaraan Cub Prix 2021 Edisi ke-28 di litar antarabangsa Sepang menerima sambutan hangat daripada semua pasukan dan pelumba.

Pelumba Cub Prix negara, Muzakkir Muhammed yang sebelum ini didapati positif virus itu November tahun lalu, melangkah penuh bergaya dengan mengungguli perlumbaan pusingan pertama, sekali gus melayakkan beliau dinobatkan sebagai juara CP150 dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team.

Muzakkir Muhammad mengungguli perlumbaan pusingan pertama.
Muzakkir Muhammad mengungguli perlumbaan pusingan pertama.

Kategori CP125 pula dimenangi oleh Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Moto dan bagi kategori Wira KBS, disambar Md Syamil Amsyar M Iffende dari PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing.

Turut mencuri perhatian, Md Amirul Affiq A Solikhin apabila meraih juara bagi kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup, manakala torfi Honda Dash 125 Challenge menjadi milik Alif Imran Ahmad Husni.

Md Afiq Md Hamdan pula memenangi kategori Yamaha PETRONAS Super Series dan Md Luthfi Shah Narizman menggondol gelaran juara bagi kategori AEON Credit Service Yamaha NVX Challenge.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, jumlah pasukan yang menyertai acara tersebut secara keseluruhannya masih sama, walaupun terdapat beberapa penyertaan baharu.

“Jumlah pasukan masih sama, tetapi ada juga beberapa pasukan yang berhenti dan diganti dengan pasukan baru.

“Kami juga gembira dengan penyertaan pasukan pada tahun 2021 ini, walaupun berdepan detik sukar kerana terpaksa berperang dengan COVID-19 sejak setahun lalu,” ujarnya selepas tamat kejuaran Cub Prix 2021 pusingan pertama.

Jadual musim 2021 disusun khas bagi menyamai senario musim lalu yang menyaksikan semua perlumbaan dianjurkan di litar tetap.
Jadual musim 2021 disusun khas bagi menyamai senario musim lalu yang menyaksikan semua perlumbaan dianjurkan di litar tetap.

Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan menyajikan 10 pusingan perlumbaan, berdasarkan jadual perlumbaan terkini yang telah diumumkan baru-baru ini.

Jadual sementara ini telah diatur mengikut prosedur operasi standard pandemik, dengan mengambil kira andaian bahawa penonton masih lagi tidak dibenarkan menonton secara langsung di litar untuk musim 2021.

Sehubungan itu, jadual musim 2021 disusun khas bagi menyamai senario musim lalu yang menyaksikan semua perlumbaan dianjurkan di litar tetap.

Empat daripada sepuluh pusingan musim 2021 akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang, dua pusingan di Litar Tangkak, Johor dan dua lagi di Terengganu.

Lokasi dua lagi baki perlumbaan masih belum dipastikan setakat ini.

Menurut Ron Hogg, Kejuaraan Cub Prix antara kejohanan yang berjaya mengakhiri saingan di sebalik penularan wabak COVID-19 tahun lalu.

“Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap dapat menghabiskan kesemua pusingan pada tahun ini mengikut jadual yang ditetapkan.

“Namun demikian, harus diingat bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa,” katanya.

Pihak Safe Aim Mutual jelas beliau, turut berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix yang dikhaskan untuk pelumba-berusia enam sehingga 12 tahun.

Perlumbaan menggunakan motosikal pocket bike ini dijangka  bermula pada Mei atau Jun nanti.

“Tidak dinafikan, musim 2020 begitu mencabar. Namun, dengan bantuan pelbagai pihak, kami berterima kasih kerana masih sempat menamatkan musim 2020 dengan berjaya.

“Bagi pihak semua warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia di atas bantuan yang telah dihulurkan selama ini.

“Kami juga menyeru agar orang ramai terus mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan. Bersama, kami pasti akan berjaya menangani gejala ini,” tambah Ron.

Baru-baru ini mesyuarat teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau lokasi kejohanan sukan seperti Liga Malaysia, berkuatkuasa 1 April.

Kebenaran itu bagaimanapun perlu disertakan dengan SOP yang ketat, termasuk jumlah dan kapasiti penonton mengikut peratusan dibenarkan.

Dalam pada itu, juara CP150 musim 2020, Mohd Helmi Azman enggan memandang mudah cabaran pada musim baharu dan mengharapkan agar strategi diatur pasukannya sekali lagi mampu membuahkan hasil. - Getaran, 21 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Jalani Aktiviti Berkawad

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar