web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Chelsea Ketepikan Masalah Luar Padang, Tumpaskan Newcastle

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 7:58AM

Havertz meraikan gol sulung Chelsea menentang Newcastle. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea mengetepikan persoalan terhadap masa depan kelab untuk mengalahkan Newcastle 1-0 dibantu oleh gol Kai Havertz di Stamford Bridge.

Juara Eropah itu masih terkesan dengan impak sekatan yang dikenakan oleh kerajaan UK ke atas pemilik hartawannya Roman Abramovich kerana didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Vladimir Putin ketika presiden Russia itu melancarkan perang ke atas Ukraine.

Chelsea dibenarkan untuk terus beroperasi kerana mendapat lesen khas yang masih yang masih mengenakan beberapa siri sekatan seperti larangan menjual tiket dan barangan.

Tidak banyak yang berubah ketika aksi bermula di hadapan stadium penuh dengan kesemua tiket sudah terjual sebelum sekatan yang diumumkan pada Khamis.

Sebelum perlawanan bermula penasihat teknikal dan prestasi Chelsea Petr Cech dan pengurus kelab Thomas Tuchel tidak dapat menjamin yang kelab itu boleh meneruskan baki jadual perlawanan hingga akhir musim jika sekatan yang dikenakan pada lesen mereka dilonggarkan.

Aksi di atas padang menyaksikan Havertz menghasilkan satu saat yang berkualiti daripada perlawanan yang kurang kemas apabila beliau mengawal hantaran Jorginho dengan kemas sebelum menjaringkan gol di minit ke-89.

“Kami bersimpati dengan semua orang. Para penyokong, pekerja dan bukan sahaja golongan profesional.

“Kami cuba untuk memberi yang terbaik buat mereka pada waktu ini. Kita harus berganding bahu dan memberi sesuatu yang menggembirakan buat mereka,” kata pemain tengah Jerman itu. - AFP

Keputusan lain:

Leeds 2 Norwich 1

Everton 0 Wolves 1

West Ham 2 Aston Villa 1

Southampton 1 Watford 2

Arsenal 2 Leicester 0

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad