web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Man City Seri, Rashford Angkat Man United Ke Tangga Keempat

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 7:39AM

Rashford dipeluk oleh Scott McTominay (kanan) semasa meraikan gol kemenangan United menentang West Ham. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Aymeric Laporte menyelamatkan Manchester City daripada dimalukan selepas menjaringkan gol penyamaan dalam keputusan seri 1-1 menentang Southampton.

Manchester United pula naik ke tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas gol masa kecederaan Marcus Rashford memberi kemenangan 1-0 ke atas West Ham.

City dikejutkan oleh Southampton selepas Kyle Walker-Peters menjaringkan gol liga utama pertama dalam kerjayanya pada awal permainan.

Selepas persembahan babak pertama yang mengecewakan, pasukan kendalian Pep Guardiola itu tampil lebih garang selepas tamat masa rehat.

Pemain pertahanan Sepanyol Laporte menanduk masuk gol penyamaan, tetapi City gagal meneruskan urutan kemenangan mereka.

Juara bertahan itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan yang memberi mereka kelebihan 12 mata di hadapan pasukan di tempat kedua Liverpool, yang ada baki dua perlawanan dalam tangan dan akan berdepan dengan Crystal Palace malam ini.

Buat kali pertama sejak mereka dikalahkan oleh Palace pada 30 Oktober, City menamatkan perlawanan liga tanpa membawa pulang kesemua tiga mata.

“Kenapa kami perlu hilang kepercayaan dalam segala yang telah kami lakukan?

“Ini adalah persembahan yang baik. Kami akan kehilangan mata, tetapi cara kami bermain sangat baik.

“Orang ramai akan berkata persaingan Liga Perdana Inggeris belum tamat, tetapi itu adalah perkara yang positif buat pasukan ini,” kata Guardiola.

Di Old Trafford, pasukan kendalian Ralf Rangnick gagal menjaringkan gol hingga minit ketiga masa kecederaan.

Edinson Cavani membuat hantaran buat pemain gantian Rasford untuk menjaringkan gol dalam permainan kedua berturut-turut.

Ini adalah kemenangan yang penting buat United dalam usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

United memintas West Ham dan mempunyai kelebihan satu mata ke atas anak buah David Moyes. - AFP

Keputusan lain:

Watford 0 Norwich 3

Everton 0 Aston Villa 1

Brentford 1 Wolves 2

Leeds 0 Newcastle 1

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad