web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak FC Tambah Derita Sri Pahang FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 8:42AM

J Partiban (tengah) meraikan golnya bersama rakan sepasukan. - Gambar dari Twitter Perak FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Piala Malaysia 2018 Perak FC melakar kemenangan sulung Liga Super musim ini, selepas menundukkan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Kejayaan itu membolehkan skuad The Bos Gaurus memanjat ke kedudukan ketiga liga dengan mengutip empat mata, sementara skuad Tok Gajah yang mengalami kekalahan kedua berturut-turut terus bergelut di bawah carta liga.

Pemain tengah J Partiban memastikan Perak FC berada di hadapan sebelum waktu rehat, selepas rembatan kaki kanannya pada minit ke-43 menewaskan penjaga gol Mohamad Helmi Eliza Elias.

Kesilapan Mohamad Helmi pada babak kedua yang meluru keluar dari kawasan kotak penalti, turut mengundang padah apabila beliau gagal mengeluarkan bola sekali gus disambar Muhammad Farhan Roslan, yang memiliki ruang secukupnya untuk meledak gol kedua Perak FC.

Sementara itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, gol tunggal Dominique Da Sylva pada babak pertama perlawanan, memastikan Kuala Lumpur City FC merakam kemenangan pertama mereka musim ini selepas mengatasi UiTM FC 1-0.

Sementara itu, aksi Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dan Melaka United FC yang berlangsung sengit di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Melaka United FC mendahului perlawanan pada minit ke-55 hasil tandukan S.Kumaahran, namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan hasil rembatan deras Darren Lok pada minit ke-70, sebelum beliau menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Seakan kemenangan berpihak kepada PJ City FC, pemain gantian Mohamad Faris Shah Mohd Rosli menyelamatkan maruah Melaka United FC dengan gol penyamaan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Dalam pada itu, percaturan Ketua Jurulatih Sarawak United FC E Elavarasan terus membuahkan hasil, apabila pasukan bimbingannya merampas takhta pendahulu Liga Premier, selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Perak FC II di Stadium Perak, Ipoh.

Kerapuhan benteng pertahanan tuan rumah yang dilihat gugup dan sering melakukan kesilapan mudah membawa padah, apabila ia dimanfaatkan sebaiknya penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha untuk menyumbat gol pembukaan Sarawak United FC pada minit ke-35.

Penyerang Uche Agba memadam segala api kemaraan pasukan tuan rumah dalam tempoh 10 minit, selepas menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-75 dan rembatan padu menerjah bucu kiri gol sembilan minit kemudian, bagi memastikan pasukan pelawat itu memungut tiga mata penuh.

Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, dua gol masing-masing dijaringkan Amirul Shafik Che Soh seawal minit ketiga dan Shuhei Fukai pada minit ke-70, memastikan Kelantan United FC meraih kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan PDRM FC 2-0.

Pada masa sama, Terengganu FC II dan Kuching City FC terikat 1-1, pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad