web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Klopp Percaya Man City Masih Boleh Dikejar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 8:29AM

Klopp meraikan kemenangan Liverpool selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menegaskan Liverpool tidak akan berhenti mengejar Manchester City yang menerajui Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Brentford 3-0.

Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino menjaringkan semua gol Liverpool dengan Liverpool terpaksa beraksi tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane yang sedang berkhidmat untuk negara masing-masing di Piala Negara Afrika.

Kemenangan ini membawa anak buah Klopp ke tangga kedua liga, 11 mata di belakang peneraju liga, tetapi mereka ada satu baki perlawanan dalam tangan berbanding City.

“Kami tidak perlu meyakinkan sesiapa di luar kelab ini. Mereka yang ada di sini mahu menikmati perjalanan.

“Ini bukan situasi untuk berbincang tentang perebutan liga, 11 mata dengan baki satu perlawanan dalam tangan. Kebiasaannya City akan menjadi juara, tetapi apa yang normal lagi sekarang?” kata Klopp.

Liverpool gagal menggunakan kelebihan pemain dalam aksi separuh akhir Piala Liga menentang Arsenal yang berkesudahan 0-0.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana mereka akan menghadapi bulan ini tanpa dua penjaring gol utama mereka.

Dan Klopp gembira dapat meredakan suara sumbang berkenaan ketiadaan Salah dan Mane.

“Kami boleh tidak mengendahkan bunyi dari luar. Kami tahu seri dengan Arsenal bukan satu keputusan yang baik.

“Dua penjaring gol utama kami tiada di sini, kami sedar akan perkara itu.

“Kami tahu ia bukan masalah besar buat kami,” tambah Klopp. - AFP

Keputusan lain:

West Ham 2 Leeds 3

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad