Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 9:29PM

Sami Hyypia pada majlis pelancaran kedai rasmi Liverpool FC pertama di Sunway Pyramid. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Bekas pemain tengah pertahanan Liverpool, Sami Hyypia yakin pasukan ‘The Reds’ itu bakal mengakhiri Liga Perdana Inggeris musim ini dengan keputusan cemerlang pada Mei tahun depan, meskipun bermula kurang baik.

Legenda Liverpool itu berkata anak buah Jurgen Klopp pernah ketinggalan 13 mata di belakang juara musim lepas Manchester City (City), namun akhirnya berjaya muncul naib johan liga dengan mengumpul 92 mata iaitu satu mata sahaja di belakang City.

Sami Hyypia
Sami Hyypia

“Kami tidak bermula baik musim ini kerana kecederaan yang menimpa pemain, tetapi masa rehat susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II membolehkan pemain kami yang cedera pulih dan cergas kembali dan kami semakin konsisten.

“Ketika ini kami ketinggalan sembilan mata di belakang City. Tahun lepas kami ketinggalan 13 mata di belakang mereka dan kami hampir mengatasi mereka, jadi, ia tidak mustahil, semuanya boleh terjadi kerana musim masih panjang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kedai rasmi Liverpool FC pertama di Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Kedai rasmi Liverpool FC yang pertama di Sunway Pyramid.
Kedai rasmi Liverpool FC yang pertama di Sunway Pyramid.

Liverpool kini pada tangga kelapan EPL dengan sembilan mata manakala City yang menampilkan aksi cemerlang berada pada kedudukan kedua dengan 17 mata, iaitu satu mata di belakang pendahulu liga Arsenal.

Sementara itu, Hyypia berkata penyerang Uruguay Darwin Nunez memerlukan lebih masa untuk membiasakan diri dengan sistem Klopp, sebelum beliau boleh menunjukkan prestasi cemerlangnya seperti ketika bermain dengan kelab Portugis, Benfica sebelum ini.

“Saya tahu bukan mudah untuk membiasakan diri dengan Liga Perdana, ambil masa.. beliau akan baik-baik saja. Beliau akan jaringkan banyak gol,” kata warga Finland berusia 48 tahun itu.

Nunez yang berpindah ke Anfield dengan yuran perpindahan 85 juta pound, telah menjaringkan dua gol , termasuk satu gol pada perlawanan pertama EPL yang menyaksi Liverpool seri dua gol ketika menentang Fulham di Craven Cottage, London, bulan lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Mahkota Liga Dalam Genggaman Man City

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 19 jam yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza