web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamidin Dilantik Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan SEA 2021

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 3:34PM

Datuk Hamidin Mohd Amin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung dari 21 Nov hingga 2 Dis depan. 

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pemilihan Hamidin itu berdasarkan kepada kemampuan dan pengalamannya menerajui FAM untuk menguruskan kontinjen negara membabitkan jumlah atlet negara yang ramai pada temasya dwitahunan itu.

Beliau berkata keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat Lembaga Eksekutif badan induk berkenaan yang berlangsung hari ini selepas menerima cadangan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail. 

"Kita memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan tinggi, mempunyai pengalaman luas, tahu keseluruhan proses dari segi pentadbiran sukan, pemilihan atlet dan juga ‘hands on’ kepada kontinjen negara. 

"Walaupun kita selalunya beranggapan Sukan SEA adalah sukan persahabatan, tetapi kita selalunya akan hantar kontinjen yang besar. Kita rasa sebagai pemimpin satu organisasi sukan yang besar seperti FAM (Hamidin merupakan calon sesuai) untuk menjaga kontinjen seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM ke-25 di Wisma MOM di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata Jawatankuasa Pemilihan akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan (PSK) pada 18 dan 19 Mac ini bagi membincangkan komposisi atlet ke temasya sukan berkenaan susulan keputusan untuk menghantar kontinjen campuran dibarisi atlet muda dan senior. 

"Kita bercadang jumpa PSK untuk teliti sama ada mereka mempunyai atlet junior ataupun tidak, dan sekiranya mereka ada perancangan tertentu untuk mengetengahkan atlet junior. Kita juga ingin melihat atlet senior yang mereka ada untuk mengenal pasti siapakah yang layak mewakili sukan masing-masing," katanya. 

Mohamad Norza berkata pihak penganjur juga belum memuktamadkan jumlah sebenar acara akan dipertandingkan kerana masih ada persatuan membuat rayuan seperti Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang meminta acara lebuh raya dipertandingkan. 

MOM dijangka menghantar penyertaan mengikut sukan pada hujung bulan ini, manakala penghantaran senarai panjang atlet dianjak sehingga Mei, katanya. 

Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Presiden (ketika itu Setiausaha Agung) Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad