Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:07AM

Ahmad Faizal Azumu berkata ketika menduduki kerusi nombor satu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula 27 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022, sebanyak RM240 juta sudah diluluskan untuk tempoh 2022-2025 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan kenyataan penggantinya, Hannah Yeoh bahawa ketidakstabilan politik menjadi punca Program Podium tidak diteruskan.

Katanya, ketika menduduki kerusi nombor satu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula 27 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022, sebanyak RM240 juta sudah diluluskan untuk tempoh 2022-2025.

“Saya menyanggah kenyataan tersebut dan ingin membuat penjelasan.

“Belanjawan 2022 dibentangkan sejurus selepas saya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ketika itu, tiada sebarang dana diperuntukkan untuk Program Podium. Malah, butiran Program Podium tidak disebut dalam bajet tahun 2022.

“Namun, bajet Program Podium ini dikembalikan semula pada awal tahun 2022. Ini selepas KBS membawa kertas Kabinet untuk memohon dana terbabit dengan segera. Sebanyak RM240 juta diluluskan untuk tempoh 2022-2025. Saya tidak setuju ketidakstabilan politik dijadikan alasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berharap Hannah berhenti menggunakan alasan serupa pada setiap masa.

“Kami akan sentiasa menyokong segala tindakan yang membolehkan prestasi atlet negara meningkat sambil mengembangkan industri sukan Malaysia.

Terdahulu, Hannah menegaskan 220 atlet gagal meneruskan latihan kerana tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah Program Podium, berikutan ketidakstabilan politik dalam negara selama empat tahun.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, berlaku tiga pertukaran menteri dalam tempoh terbabit, hingga menyebabkan pertukaran bajet, fokus dan ahli lembaga pengarah.

Tegasnya, dalam butiran Bajet 2022 yang dibentangkan Oktober 2021, tidak ada dinyatakan peruntukkan untuk Program Podium bagi tahun berkenaan, sehingga menyebabkan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama pada 2022, antaranya Sukan SEA Vietnam, Sukan Birmingham dan Sukan ASEAN.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Parlimen yang memintanya, menjelaskan kenyataan awal bahawa ketidakstabilan politik punca pencapaian buruk skuad negara di Sukan SEA 2023 di Kemboja. – Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi KBS Buat 7 Ketetapan Martabat Sukan Negara

2

Sukan 6 hari yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei

3

Sukan 6 hari yang lalu

Sukan APG Kemboja 2023 Buka Tirai Dengan Percikan Bunga Api

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Ketidakstabilan Politik Jejaskan Program Podium 2022 - Hannah

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Setuju Subsidi, Kawalan Harga Ayam, Telur Diteruskan Selepas 1 Julai

Semasa 1 hari yang lalu

Penipuan Dalam Talian: Mangsakah Yang Sering Cuai?

Semasa 15 jam yang lalu

Kes Tinggal Bayi Depan Masjid: Wanita Dalam Rakaman CCTV Diminta Tampil 

Semasa 8 jam yang lalu

Kerajaan Perjelas Tindakan Henti Tajaan JPA Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi

oleh Susan Albert