web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man City Kalah Juga Akhirnya

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 9:57AM

Bruno Fernandes meraikan jaringan pembukaan Manchester United. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United memusnahkan rekod tanpa kalah Manchester City selepas menundukkan jirannya itu 2-0 di tempat lawan, manakala Liverpool terus muram selepas dikalahkan 1-0 oleh kelab yang bergelut dengan relegasi, Fulham, di tempat sendiri.

Anak buah Pep Guardiola mencatat 21 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan sebelum ‘derby Manchester’.

Tetapi United menghentikan urutan 28 permainan berturut-turut tanpa kalah City selepas Bruno Fernandes menjaringkan penalti dan Luke Shaw melengkapkan sengsara The Citizens di Stadium Etihad.          

Skuad Ole Gunnar Solskjaer, yang belum merasa kekalahan dalam 22 perlawanan di tempat lawan, kembali ke tangga kedua liga di atas Leicester, tetapi masih di belakang City dengan perbezaan 11 mata dengan hanya 10 permainan tinggal untuk musim ini.

Walaupun dengan kekalahan ini, City tetap menjadi pasukan pilihan utama untuk merangkul kejuaraan liga musim ini buat kali ketiga dalam empat tahun.

“Kami akan menjadi tajuk utama berita kerana kekalahan ini. Tetapi berita sebenar ialah kami menang 21 kali berturut-turut. Kami bermain dengan lebih baik berbanding bila kami menentang West Ham.

“Kami akan cuba menang sebanyak mana permainan yang boleh untuk menjadi juara liga,” kata Guardiola.

Kemenangan United akan lebih di kenang sebagai mengukuhkan kedudukan empat teratas mereka daripada menghidupkan kembali harapan mencabar untuk kejuaraan liga.

“Bila kamu menang 2-0 di tempat lawan dan tidak bolos jaringan, persembahan sebegini mendatangkan kegembiraan.

“Tapi saya rasa City sudah terlalu jauh di hadapan untuk kami kejar,” kata Solskjaer.

Liverpool meneruskan prestasi hambar mereka dengan kekalahan keenam beturut-turut di laman sendiri, selepas dimalukan oleh Fulham 1-0.

Mario Lemina menjadi wira selepas menjaringkan gol sulung buat Fulham.

“Kami sudah hilang mentaliti yang ada sebelum ini, tapi anak buah saya masih mahu menang dan saya nampak perkara itu hari ini.

“Kami masih membuat kesilapan dan itu adalah masalah pasukan ini,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp.

Gareth Bale dan Harry Kane masing-masing menjaringkan dua gol untuk membantu Tottenham membenam Crystal Palace 4-1.

Newcastle kini hanya satu mata di atas zon relegasi selepas seri 0-0 dengan West Brom. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad