web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelan Penstrukturan Semula BAM, Dibincang Esok

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 12:14PM

Rexy Mainaky - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelan penstrukturan semula barisan kejurulatihan dan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka diputuskan esok.

Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dipengerusikan oleh Datuk Kenny Goh.

“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana Selasa baru ada mesyuarat C&T. Selepas itu baru kami tahu (perincian dan pelan penstrukturan semula),” jawabnya ringkas ketika ditemui selepas majlis penutup kejohanan Purple League Pro-Am 2021 (PLPA), semalam.

Khamis lepas, Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata penstrukturan semula akan dilakukan berikutan prestasi tidak menentu yang ditampilkan skuad kebangsaan pada sembilan kejohanan terakhir bermula dengan Piala Sudirman di Vantaa, Finland, September lepas.

Rexy turut menjelaskan bahawa gandingan pemain beregu campuran Chan Peng Soon, yang merupakan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama Valeree Siow, belum dimuktamadkan.

“Setakat ini Peng Soon berpasangan dengan Valeree, (tetapi) itu kami masih perlukan masa untuk mereka lebih satu hati, mengerti (memahami) satu sama lain. Gandingan belum muktamad,” kata bekas juara dunia dan Olimpik dari Indonesia itu.

Ditanya mengenai perancangan bagi pemain elit pada tahun depan, beliau berkata kempen 2022 dijangka bermula dengan siri kejohanan di Eropah menerusi Terbuka Jerman dari 8-13 Mac, All England (16-20 Mac) dan Terbuka Switzerland (22-27 Mac), sebelum beralih ke Asia untuk Piala Thomas dan Uber (8-15 Mei).

Sementara itu, Rexy berkata beliau mahu mengadakan perbincangan dengan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang tidak mempamerkan aksi yang konsisten sejak meraih gangsa Olimpik Tokyo 2020 lalu.

Rexy menjelaskan bahawa penanda aras mara ke separuh akhir bagi setiap kejohanan yang diletakkan beliau bagi beregu nombor tujuh dunia itu, adalah berdasarkan ranking dunia mereka, yang beliau percaya setiap pemain yang menghuni ranking 10 teratas sepatutnya menumpukan kepada usaha mencabar kejuaraan.

“Kita lihat beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi muncul juara Kejohanan Dunia dan Jelajah Dunia Akhir BWF berturutan sebelum ini. Sekiranya Aaron-Wooi Yik beraksi dengan konsisten dan fokus, mereka boleh mengalahkan beregu Jepun itu, ini saya bukan main cakap sahaja, tetapi berdasarkan kemampuan mereka.

“Ini bukan satu tekanan buat mereka, tetapi sebagai cabaran kerana untuk menjadi pemain bertaraf dunia, mereka harus membuat sesuatu yang mencabar. Ia akan memotivasikan mereka untuk menjadi lebih baik,” katanya sambil menambah akan berjumpa Aaron-Wooi Yik selepas mereka balik daripada bercuti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad