web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Pertahan Piala Sumbangsih Kali Ke-4 Berturut-turut

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 11:28PM

Pemain JDT Muhammad Safawi Rasid (kiri) diasak oleh pemain Kedah Mohammad Fairuz Zakaria (kanan) pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2021 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI -  Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut, selepas mengatasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 pada aksi yang berlangsung tanpa kehadiran penonton di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini.

Pemain tengah JDT Muhammad Safawi Rasid dan pemain import dari Sepanyol Natxo Insa masing-masing mencetak nama sebagai penjaring, untuk membantu skuad Harimau Selatan meraih gelaran juara kali keenam dalam tempoh tujuh musim sejak 2015.

Kejayaan memenangi perlawanan pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 itu, turut memberi tiga mata penuh buat skuad Harimau Selatan dalam misi melakar sejarah merangkul kejuaraan Liga Super kali kelapan musim ini.

Pada aksi malam ini, skuad bimbingan Benjamin Mora memberi amaran di awal permainan menerusi rembatan lencong Leandro Velazques yang menggegar palang pasukan pelawat pada minit keempat, sebelum percubaan Gonzalo Cabrera turut dinafikan palang tujuh minit kemudian.

KDA FC yang bergelut mencipta gerakan bagaimanapun hampir mengejutkan pasukan tuan rumah apabila rembatan akrobatik pemain import Tchetche Kipre pada minit ke-19, hanya menyinggah palang  tatkala penjaga gol JDT Mohd Farizal Marlias sudah tertewas di posisinya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad