web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjaga Gol KL City FC Pernah Cuba Nasib Bersama Liverpool

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 2:08PM

Mendoza pernah menjalani sesi percubaan bersama Liverpool ketika berusia 19 tahun. - Gambar dari Instagram Kevin Ray Mendoza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjaga gol juara Piala Malaysia Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza pernah menjalani sesi percubaan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Mendoza yang pada masa itu berusia 19 tahun, bermain untuk pasukan Divisi Pertama Denmark Viborg FF pada 2013.

Jejaka yang berdarah campuran Denmark dan Filipina itu mendapat perhatian pencari bakat Liverpool yang tertarik dengan persembahannya walaupun baru membuat tiga penampilan bersama Viborg.

“Saya tidak sabar untuk melalui sesi percubaan itu, saya percaya ia akan menjadi pengalaman yang hebat,” kata Mendoza dipetik dari laman sesawang Viborg.

Pada masa sama, ketika itu, penjaga gol utama Liverpool, Pepe Reina dirisik oleh dua gergasi Eropah, Manchester United dan Barcelona.

Penawaran sesi percubaan kepada Mendoza hadir selepas penjaga gawang kedua kelab England itu, Brad Jones, memberikan persembahan yang tidak meyakinkan.

Malam tadi, Mendoza memberikan persembahan yang mantap dan berjaya memastikan gawang The City Boys tidak bolos, serta membantu menamatkan penantian 32 tahun pasukan tersebut untuk menjulang Piala Malaysia.

Zhafri Yahya, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, membuka jaringan untuk KL City sebelum kapten pasukan, Paulo Josue menambah gol untuk mengejutkan pasukan pilihan Johor Darul Ta’zim 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad