web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 8:55AM

Pemain pertahanan KL City FC, Declan Lambert. – Tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Selepas dua tahun, pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC Declan Lambert teruja untuk kembali ‘memikat’ ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan depan.

Pemain berusia 26 tahun yang kali terakhir membuat penampilan bersama Harimau Malaya di Piala Raja Thailand 2022, mengakui menjadi tanggungjawab pemain negara untuk berani ke hadapan apabila beberapa tonggak dihimpit isu kecederaan.

“Saya rasa boleh menawarkan versatil dengan mengisi peranan di bahagian kiri dan kanan,” kata pemain kacukan Malaysia-Australia ketika ditemui semasa kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.

Beliau mengakui dapat merasai kehangatan persaingan terutamanya apabila masih ramai pemain berkualiti dalam senarai panjang Pan Gon selain merasakan mereka mempunyai peluang untuk menewaskan Kyrgyzstan berdasarkan rekod terdahulu.

Skuad Harimau Malaya bakal menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun depan.

Selepas menamatkan aksi di Bishkek, skuad negara akan pulang bagi perlawanan keenam berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Sementara itu, penyerang Terengganu FC (TFC) Engku Nur Shakir Engku Yacob yang pertama kali mendapat ‘panggilan’ Harimau Malaya dapat merasai perbezaan tahap intensiti tinggi digunakan di kem negara namun berjanji akan memberi 100 peratus komitmennya.

Beliau turut mengakui keadaan semasa yang dihadapi Harimau Malaya memberi ruang buatnya merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Terdahulu, isu kecederaan pemain terus berlarutan selepas seorang lagi tonggak Syafiq Ahmad, juga terpaksa digugurkan daripada senarai apabila mengalami kecederaan seperti dimaklum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Pan Gon bagaimanapun memanggil pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya untuk mengisi kekosongan pemain Kedah Darul Aman FC itu.

Dalam pada itu, pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menggantikan penyerang Sabah FC Darren Lok yang mengalami kecederaan pangkal paha semalam.

Darren merupakan tonggak jentera serangan Harimau Malaya terbaharu yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan selepas dua pemain sayap Faisal Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi serta dua penyerang Romel Morales dan Muhammad Syafiq Ahmad.

Selepas dua kekalahan berturut-turut di tangan Oman pada aksi kelayakan, Mac lalu menyaksikan skuad negara menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan selaku pendahulu dan Oman di tangga kedua.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran