Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala AFF: De Paula Kekal Bersama Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 3:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Guilherme De Paula terus mendapat kepercayaan apabila menjadi antara 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, bulan depan.

Pemain naturalisasi berusia 35 tahun itu antara lima penyerang dalam senarai pengendali Tan Cheng Hoe selain rakan sepasukan di JDT Muhammad Syafiq Ahmad, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC), Darren Lok (Petaling Jaya City FC) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk).

Kem latihan pusat bermula 22 November di lokasi belum ditetapkan itu menetapkan hanya pemain yang pasukannya tersingkir daripada peringkat kumpulan dan suku akhir Piala Malaysia 2021 akan melapor diri terlebih dahulu.

Ia disusuli pemain dari pasukan terkeluar pada saingan separuh akhir Piala Malaysia untuk melapor diri pada 28 November manakala pemain yang akan beraksi di pentas final pertandingan berprestij pada 30 November melapor diri 1 Disember.

“Kalau kita lihat secara keseluruhannya kami rasa kita mempunyai senarai terbaik dari segi pemain senior kita ada Aidil (Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak), Apek (Khairul Fahmi Che Mat) dan juga Baddrol Bakhtiar.

“Ketiga-tiga pemain ini paling senior dalam pasukan dan sudah tentu dengan adanya pemain-pemain muda dan kita rasa kita mampu beri satu tentangan terbaik dalam kempen Piala AFF kali ini,” kata Cheng Hoe.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang Piala AFF 2020 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Cheng Hoe berkata pemain berpangkalan di luar negara yang terdapat dalam senarai akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan diberikan kelab masing-masing.

Menurut jurulatih berusia 53 tahun itu, hanya 24 pemain akan berada dalam skuad akhir yang dijadual berlepas ke Singapura pada 3 Dis sebelum Malaysia memulakan saingan peringkat kumpulan bermula 5 Disember.

Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018 diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja pada 6 Disember diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.

Berikut adalah senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 22 November bagi persiapan menghadapi Piala AFF 2020 di Singapura dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

  1. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak        
  2. Shahrul Mohd Saad         
  3. Muhammad Safawi Rasid
  4. Muhammad Akhyar Abdul Rashid           
  5. Mohamadou Sumareh     
  6. Muhammad Syafiq Ahmad          
  7. Guilherme De Paula Lucrecio      
  8. Mohd Rizal Mohd Ghazali
  9. Muhammad Ariff Farhan Md Isa 
  10. Baddrol Bakhtiar  
  11. Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin 
  12. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
  13. Muhammad Syahmi Safari          
  14. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi      
  15. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi        
  16. Muhammad Akram Mahinan      
  17. Kenny Pallraj A/l Davaragi
  18. Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar          
  19. Mohamad Faisal Abdul Halim     
  20. Darren Lok
  21. R. Kogileswaran   
  22. Khairul Fahmi Che Mat    
  23. Quentin Cheng Jiun-ho    
  24. Muhammad Azri Ab Ghani          
  25. Junior Eldstal       
  26. Dominic Tan         
  27. Luqman Hakim Shamsudin          
  28. Dion-Johan Cools 

Sementara itu, tiga pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat sebarang perubahan dalam senarai nama 28 pemain dipanggil:

  1. Kalamullah Al-hafiz Md Rowi       
  2. Rodney Celvin Akwensivie           
  3. Mohamad Hakimi Abdullah         

- Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 14 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran