web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka United Juara Kumpulan, Sabah FC Raih Kejayaan Bermakna

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 7:50AM

Ott (dua kanan) meraikan jaringannya semasa menentang Kedah DA. - Gambar dari Facebook Melaka United

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melaka United FC melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya selaku juara Kumpulan C selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Lebih manis, kejayaan dilakar skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pada aksi terakhir kumpulan itu menyaksikan Melaka United FC mara ke peringkat kalah mati dengan rekod tanpa kalah dan hanya satu keputusan seri untuk mengumpul keseluruhan 16 mata.

Pada aksi itu, pemain tengah Sony Norde menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila gerakannya berjaya mengucar-ngacirkan bahagian pertahanan hingga membawa kepada jaringan pembukaan yang disudahkan Manuel Ott pada minit ke-24.

Jaringan itu menyaksikan Ott meledak bola muntah berpunca tendangan Norde yang gagal ditampan kemas penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim sekali gus menjaringkan gol keempat peribadinya dalam kempen Piala Malaysia.

Tidak menyerah kalah, KDA FC yang turut mengintai gelaran juara kumpulan berusaha memburu gol penyamaan sepanjang perlawanan, namun terpaksa akur dengan kekebalan benteng pertahanan Melaka United FC sebelum skuad tuan rumah menggandakan kedudukan pada penghujung permainan.

Penyerang Giovane Gomes mengesahkan kemenangan Melaka United FC menerusi tandukan pada minit ke-89 sekali gus melengkapkan pencapaian gemilang pasukan dalam saingan kumpulan.

Sebagai juara kumpulan, menanti Melaka United FC di suku akhir adalah Sabah FC yang muncul naib juara Kumpulan D selepas mempamerkan semangat luar biasa untuk mencipta kejutan menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan kapten pasukan Risto Mitrevski menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 selepas pemain pertahanan Park Taesu dijatuhkan dalam kawasan berbahaya.

Sementara itu, juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Kumpulan D dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas membelasah Kelantan FC 4-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Tentangan hebat daripada pasukan tuan rumah menyaksikan skuad Harimau Selatan terpaksa menunggu hingga minit ke-48 untuk membuka akaun gol menerusi penyerang Muhammad Syafiq Ahmad.

Leandro Velazquez menjadikan kedudukan 2-0 apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60 sebelum Guilherme de Paula dan Shahrul Mohd Saad masing-masing menjaringkan gol pertama bersama pasukan pada minit ke-62 dan sebelum wisel penamat.

JDT yang mengumpul 18 mata selaku juara Kumpulan D akan bertembung KDA FC selaku naib juara Kumpulan C pada aksi suku akhir dijadual berlangsung 14 dan 18 November.

Aksi suku akhir akan berlangsung secara perlawanan timbal balik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad