web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Doctor Segak Memperagakan Warna Seragam Petronas SRT

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 8:52PM

Rossi bersama jentera baharu yang akan ditunggangnya pada musim akan datang. - Gambar dari Twitter Sepang Racing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara dunia enam kali kelas MotoGP, Valentino Rossi memperagakan warna seragam pasukan baharunya dalam satu ciapan di laman Twitternya hari ini.

Rossi, yang dikenali dengan jolokan The Doctor, memuat naik empat gambar dirinya yang segak memakai pakaian seragam berwarna hijau dan hitam pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas SRT) menjelang musim baharu MotoGP.

Beliau juga memperagakan jentera baharu YZR-M1 yang dilancarkan dalam satu majlis maya.

Rossi, yang sinonim dengan pasukan pengeluar Yamaha, mengumumkan pada September lepas yang beliau akan berhijrah ke pasukan satelit itu.

Ini selepas tempatnya di pasukan utama Yamaha telah diambil oleh pelumba muda yang meningkat naik dari Perancis, Fabio Quartararo.

“Saya sangat berbangga mewakili pasukan ini.

“Ini adalah cabaran baharu bagi saya. Ini adalah pasukan yang masih baharu tetapi mereka dapat menghasilkan keputusan yang baik dalam masa dua tahun lepas,” katanya.

Rossi berkata warna pasukan baharunya sangat menarik. - Gambar dari Twitter Valentino Rossi
Rossi berkata warna pasukan baharunya sangat menarik. - Gambar dari Twitter Valentino Rossi

“Saya gembira dapat melihat jentera baharu untuk musim akan datang ini dan sangat sukakan warna seragam pasukan ini, ia tampak menarik!”, kata Rossi yang hampir bersara selepas beliau digugurkan oleh Yamaha, dalam satu kenyataan dari laman web pasukan itu.  

Rossi juga menambah yang beliau mahu bersaing untuk mendapatkan podium dan berada di posisi yang baik dalam tangga kejohanan dunia itu di akhir musim.

Musim baharu siri MotoGP akan bermula pada 28 Mac di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. - Getaran, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad