web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liverpool, Ajax Mara Ke Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 8:48AM

Klopp meraikan kemenangan Liverpool bersama Kostas Tsimikas selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Liverpool dan Ajax meneruskan kecemerlangan mereka di Liga Juara-Juara Eropah musim ini untuk mara ke pusingan seterusnya.

Anak buah Jurgen Klopp menumpaskan Atletico Madrid dengan mudah di Anfield dengan Diogo Jota dan Sadio Mane menjaringkan dua gol dalam 21 minit pertama perlawanan untuk keputusan 2-0 menentang lawan yang bermain dengan 10 pemain.

Pemain pertahanan Brazil Filipe diarahkan untuk keluar padang selepas mengasari Mane sebelum tamat babak pertama, dan juara 2019 itu mencatatkan kemenangan keempat daripada empat perlawanan dalam Kumpulan B.

Liverpool kini dijamin akan mendahului kumpulan selepas mempunyai kelebihan tujuh mata kepada Porto dengan tinggal baki dua permainan, manakala Atletico ketinggalan satu mata di belakang kelab Portugal itu.

Ajax mengekalkan prestasi menakjubkan mereka dengan bangkit dari ketinggalan untuk menumpaskan Borussia Dortmund, yang beraksi dengan 10 pemain, 3-1.

Penyerang Ajax Sebastien Haller meneruskan aksi baiknya dalam kejohanan musim ini dengan menjaringkan gol ketujuhnya dalam hanya empat penampilan Liga Juara-Juara Eropah.

Dortmund, yang hilang khidmat penyerang berbisa Erling Haaland kepada kecederaan, terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mats Hummels dilayangkan kad merah di babak kedua.

Bentesan kerasnya terhadap pemain sayap Ajax dari Brazil Antony menyebabkan dia diarahkan keluar padang.

Pengadil Michael Oliver kemudian menghadiahkan penalti kepada Dortmund selepas Jude Bellingham dijatuhkan dalam kotak penalti.

Marco Reus kemudian menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pembukaan perlawanan.

Ajax menyamakan kedudukan pada minit ke-72 melalui gol Dusan Tadic.

Haller, yang berasal dari Ivory Coast, menanduk masuk hantaran Antony untuk menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini sejak Haaland pada 2019.

Davy Klaassen melengkapkan jaringan buat Ajax dalam masa tambahan. - AFP

Keputusan lain:

Real Madrid 2 Shakhtar Donetsk 1

AC Milan 1 Porto 1

Sporting 4 Besiktas 1

Sherif 1 Inter Milan 3

Man City 4 Club Brugge 1

Leipzig 2 PSG 2

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad