web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjelang Musim 2021 Pasukan F1 Melancarkan Jentera Baharu

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 3:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Peminat-peminat sukan pemotoran Formula Satu (F1) akan sentiasa teruja setiap kali bulan Mac menjengah tiba.

Tahun ini, kejohanan lumba kereta teragung di dunia itu akan memulakan musim baharu pada 28 Mac di Bahrain.

Seperti musim sebelum ini, setiap pasukan yang bertanding akan melancarkan kereta yang bakal dipandu oleh pemandu mereka.

Sebuah kereta lumba F1 haruslah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh penganjur untuk memastikan tiada siapa yang mempunyai kelebihan yang tidak adil dalam rekaan dan kejuruteraan kereta masing-masing.

Untuk itu, kami tampilkan kereta-kereta baharu yang telah dilancarkan oleh pasukan yang terpilih:

McLaren

McLaren telah melancarkan kereta lumba mereka yang akan dipandu Daniel Ricciardo dan Lando Norris pada 15 Februari lalu di ibu pejabat pasukan itu di Woking, Surrey, England.

MCL35M dari sisi depan. - Gambar dari Twitter McLaren
MCL35M dari sisi depan. - Gambar dari Twitter McLaren

Berserta dengan pakej aerodinamik dan casis yang baharu berbanding model sebelum ini, MCL35, perubahan paling ketara dalam model MCL35M tahun ini adalah ia menggunakan unit kuasa Mercedes-AMG M12 E Performance.

Pasukan ini menamatkan musin lalu di tangga ketiga. - Gambar dari Twitter McLaren
Pasukan ini menamatkan musin lalu di tangga ketiga. - Gambar dari Twitter McLaren

Perubahan ini diharap dapat membantu pasukan yang menamatkan musim lalu di tangga ketiga dalam kategori pengeluar ini bersaing di bahagian hadapan grid.

Red Bull

Pelancaran kereta baharu pasukan ini adalah antara yang paling dinanti-nantikan kerana peminat senantiasa ingin tahu perkembangan Red Bull. Dalam musim lepas, ia hanya mampu berada di tangga kedua.

RB16B akan terus menggunakan enjin daripada pengeluar Jepun Honda. - Gambar dari Twitter Red Bull
RB16B akan terus menggunakan enjin daripada pengeluar Jepun Honda. - Gambar dari Twitter Red Bull

Max Verstappen serta Sergio Perez akan memandu RB16B pada musim ini. Ia akan terus menggunakan enjin pengeluar Honda walaupun syarikat Jepun itu akan menarik diri daripada F1 selepas musim ini berakhir.

RB16B - Gambar dari Twitter Red Bull
RB16B - Gambar dari Twitter Red Bull

Pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes ini semestinya mengharapkan model baharu itu mampu menamatkan dominasi seteru mereka Mercedes.

Alpine

Pasukan Renault telah menjalani proses penjenamaan dan menukar nama kepada Alpine F1 untuk musim akan datang ini.

Alpine adalah jenama kereta sport Kumpulan Renault. - Gambar dari Twitter Alpine F1
Alpine adalah jenama kereta sport Kumpulan Renault. - Gambar dari Twitter Alpine F1

Penjenamaan semula ini adalah untuk mempromosikan jenama kereta sport Alpine yang dimiliki oleh Kumpulan Renault.

Bukan sahaja nama yang ditukar dalam penjenamaan ini malah warna hitam dan kuning yang sinonim dengan Renault telah ditukar ke biru, putih dan merah Alpine.

Pasukan ini menggunakan warna merah, putih dan biru. - Gambar dari Twitter Alpine F1
Pasukan ini menggunakan warna merah, putih dan biru. - Gambar dari Twitter Alpine F1

Bagaimanapun jentera A521 pasukan baharu ini akan terus menggunakan enjin dari Renault yang dibangunkan di Viry, Perancis, manakala casis adalah evolusi R.S.20 yang dibangunkan di Enstone, England.

Mercedes

Pasukan Silver Arrows telah mendominasi F1 sejak 2014 selepas jentera berubah ke enjin turbo-hybrid.

Pasukan ini mengekalkan warna seragam hitam. - Gambar dari Twitter Mercedes F1
Pasukan ini mengekalkan warna seragam hitam. - Gambar dari Twitter Mercedes F1

Mereka berharap untuk meneruskan dominasi itu dengan memenangi kejuaraan kelapan berturut-turut dengan pelancaran jentera W12 E Performance.

Pasukan ini memilih untuk terus menggunakan warna seragam hitam tahun lepas untuk menunjukkan sokongan terhadap kepelbagaian sosial, menentang perkauman dan diskriminasi.

Mercedes mengejar kejuaraan kelapan berturut-turut. - Gambar dari Twitter Mercedes F1
Mercedes mengejar kejuaraan kelapan berturut-turut. - Gambar dari Twitter Mercedes F1

Lewis Hamilton akan terus menjadi pemandu utama pasukan ini selepas menandatangani lanjutan kontrak pada Januari. Valtteri Bottas akan terus memandu di samping beliau. - Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

TUMI Raikan Enam Dekad Kewujudan Mclaren, Lancar Koleksi Ulang Tahun Ke-60 Bersama Lando Norris

2

Refleksi 3 tahun yang lalu

MOG 6-In-1 Vision Experience, Teknologi Penjagaan Mata Lengkap Untuk Rakyat Malaysia

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Verstappen Juara GP Miami

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Leclerc Juara GP Australia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 55 minit yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad