Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MOG 6-In-1 Vision Experience, Teknologi Penjagaan Mata Lengkap Untuk Rakyat Malaysia

Dikenali sebagai penanda aras tertinggi dalam penjagaan mata profesional dalam industri optik, 6-in-1 Vision Experience bukan sekadar memastikan pengguna boleh mendapat penglihatan dan penampilan terbaik, malah lebih faham tentang kesihatan mata. 

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 1:46PM

Berpegang kukuh pada visi ‘Help the World See Better’, MOG sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan mata yang terbaik. - Gambar ihsan SLPR Worldwide Group

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOG Eyewear (MOG) telah menemui penyelesaian inventif terperinci yang membantu melindungi dan mengoptimumkan kesihatan mata rakyat Malaysia menerusi pelancaran MOG 6-in-1 Vision Experience iaitu teknologi penjagaan mata yang canggih dan perundingan peribadi yang disesuaikan untuk setiap pelanggan.

Berpegang kukuh pada visi mereka iaitu ‘Help the World See Better’, MOG sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan mata yang terbaik bagi memenuhi permintaan dan keperluan visual yang semakin meningkat. 

Frankie Ng (tengah) ketika melancarkan MOG 6-in-1 Vision Experience. - SLPR Worldwide Group
Frankie Ng (tengah) ketika melancarkan MOG 6-in-1 Vision Experience. - SLPR Worldwide Group

Pengerusi dan Pengasas MOG Eyewear, Datuk Frankie Ng menjelaskan, pelancaran MOG 6-in-1 Vision Experience adalah bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan mata, sambil meningkatkan lagi usaha mereka untuk sentiasa memberikan pengalaman penjagaan mata yang terbaik dengan konsultasi terperinci menggunakan alat dan teknologi penjagaan penglihatan yang optimum.

“Ramai pelanggan tidak menjalani pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan keperluan visual terbaharu mereka dipenuhi. Pengabaian ini juga menyebabkan pencegahan awal untuk sesetengah kes penyakit mata lambat dilakukan.”

“Sebagai perintis dalam industri penjagaan mata profesional, fokus kami bukan sahaja mengenai penjualan produk, tetapi untuk sentiasa meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata dengan menjadi yang pertama untuk menyampaikan perkhidmatan dan perundingan profesional, terperinci dan mendalam kepada masyarakat,” katanya pada sidang media pelancaran, MOG 6-in-1 Vision Experience tersebut. 

Gambar ihsan SLPR Worldwide Group
Gambar ihsan SLPR Worldwide Group

Pengalaman penglihatan yang lengkap ini melibatkan enam proses unik iaitu konsultasi peribadi, penilaian kesihatan mata, pembetulan penglihatan tepat, preskripsi kanta peribadi, pengukuran digital dan perlindungan penjagaan lanjut. 

Dikenali sebagai penanda aras tertinggi dalam penjagaan mata profesional dalam industri optik, 6-in-1 Vision Experience bukan sekadar memastikan pengguna boleh mendapat penglihatan dan penampilan terbaik, malah lebih faham tentang kesihatan mata. 

Demi memenuhi misi mereka dalam memastikan semua lapisan masyarakat berpeluang mendapat penjagaan mata terbaik, MOG turut melancarkan barisan kempen kemasyarakatan contohnya untuk kanak-kanak daripada keluarga B40. Golongan ini akan turut mendapat manfaat daripada 6-in-1 Vision Experience. 

Menerusi kempen yang masih dalam peringkat perbincangan dengan agensi kerajaan ini, MOG akan menaja para pelajar dari pelbagai sekolah untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan.

Gambar ihsan SLPR Worldwide Group
Gambar ihsan SLPR Worldwide Group

“Di MOG, kami ingin memastikan kesihatan mata anda sentiasa terjaga baik untuk setiap peringkat umur. Keperluan stamina penglihatan yang tinggi di kalangan orang dewasa dan program pengurusan Myopia khusus untuk kanak-kanak menjadi keutamaan kami di MOG. 

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses penjagaan mata yang menyeluruh supaya perkembangan dan pendidikan mereka tidak terjejas,” tambah Frankie. 

Untuk maklumat lanjut atau info terkini tentang jenama dan produk, sila lawati laman web rasmi MOG, akaun media sosial Facebook atau Instagram. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

4

TARA 1 tahun yang lalu

Bowers & Wilkins Pesaing Mantap Untuk Pembesar Suara Kategori Premium

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki