web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bowers & Wilkins Pesaing Mantap Untuk Pembesar Suara Kategori Premium

Baru-baru ini, Bowers & Wilkins melancarkan barisan peranti baharu fon telinga pembesar suara iaitu Pi7 S2 dan Pi5 S2, fon kepala Px8 edisi McLaren serta 007 (James Bond).

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 6:00PM

Gambar Bowers & Wilkins

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seringkali kita melihat pelbagai jenis peranti fon telinga dikeluarkan oleh jenama telefon pintar. Namun tahukah anda, Bowers & Wilkins adalah sebuah jenama yang menghasilkan pelbagai jenis pembesar suara secara khusus dalam kategori peranti premium setaraf dengan jenama lain?

TC Acoustic yang merupakan syarikat induk bagi jenama Bowers & Wilkins baru-baru ini, melancarkan barisan peranti baharu mereka iaitu fon telinga model Pi7 S2 dan Pi5 S2 serta fon kepala Px8 edisi khas McLaren dan 007 (James Bond).

Secara amnya, Pi7 S2 dan Pi5 S2 memaparkan ketersambungan fon telinga tanpa wayar yang telah ditingkatkan jarak bluetooth sehingga 25m. Oleh itu, bunyi dan audionya yang keluar lebih stabil, berkualiti tinggi dan terus masuk ke dalam telinga tanpa terputus sambungannya pada telefon anda.

Bagi model Pi7 S2, ia telah diuji  penulis sendiri dan apa yang boleh dikatakan peranti ini bakal menjadi pesaing yang sengit dan mantap dalam pasaran untuk kategori fon telinga premium. 

Disokong sistem Qualcomm® aptX™, pengguna akan menikmati bunyi yang padu, teliti dan lebih terperinci sehingga butiran-butiran kecil audio dapat didengar dengan jelas. Misalnya, jika penulis memasangkan lagu berkonsepkan muzik akustik, setiap bunyi yang keluar dari gitar seakan-akan ia dipetik di sebelah telinga.

Fuh betul-betul menusuk jiwa dan memuaskan hati! Beralih kepada jangka hayat bateri, model ini mampu bertahan selama lima jam sebelum perlu cas semula masuklah sistem pengecasan segera yang dipasangkan dalam peranti.

Sementara itu, fungsi lain yang ada pada fon telinga adalah  pengesetan mula, konfigurasi mod dan penyesuian deria termasuklah sokongan sistem pada aplikasi Google Play, Apps Store dan Music App (aplikasi dari Bowers & Wilkins sendiri). 

Malah, tetapan sokongan pembantu suara (voice assistant support) samada Siri atau Google Assistant turut disokong oleh peranti ini, namun bergantung kepada jenis peranti yang digunakan. Jadi tidak menjadi masalah untuk fon telinga ini disambung untuk kebanyakkan telefon pintar yang ada dipasaran.

Peranti ini menawarkan harga bernilai RM2,499 dengan tiga varian warna iaitu Satin Black, Canvas White dan Midnight Blue.

Bagi meraikan pula  kerjasama antara McLaren dan Bowers & Wilkins’, sebuah lagi fon kepala tanpa wayar edisi khas dikeluarkan iaitu  Px8 McLaren. Ia menampilkan kemasan kelabu Galvanik dan sorotan oren betik yang diilhamkan dari kereta lumba milik pengasas Mclaren itu sendiri, Bruce McLaren. 

Berkongsi obsesi McLaren dengan estetika teknikal yang  berasaskan prestasi kereta lumba miliknya,, fon kepala edisi ini menawarkan kualiti bunyi tanpa wayar yang sinonim kualiti dan kecanggihan teknologi dari Bowers & Wilkins’ sendiri. Lawa, garang dan bergaya!

Bahkan, sempena ulang tahun ke-60 tayangan Dr. No, Bowers & Wilkins turut mengeluarkan fon Px8 dalam bentuk edisi khas 007. Ia adalah rekaan kemasan Midnight Blue yang diinspirasikan daripada tuxedo yang dipakai perisiki terkemuka,  Bond dalam penampilan pertamanya di skrin. Elegan dan abadi seperti James Bond dengan rekaan yang berunsurkan gaya klasik 007.

Kedua-dua edisi khas ini dijual pada harga RM4,299. Sangat eksklusif dan kepada yang ingin memilikinya serta boleh didapatkan di my.tcacoustic.asia atau TC Acoustic Flagship Store di The Starhill, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut klik pautan ini. - Getaran, 2 April 2023 
 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Karier 2 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Teknologi Volvo Dalam Bas Dua Tingkat Sani Express - Volvo B11RLE

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini