web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teknologi Volvo Dalam Bas Dua Tingkat Sani Express - Volvo B11RLE

Pelanggan bas ekspres bakal merasa pengalaman menaiki bas ini khusus untuk perjalanan di antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur dengan Sani Express Sdn Bhd.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 10:03AM

Volvo B11RLE 6x2 dibina sebagai sebuah bas yang mempunyai penampilan lebih lebar serta dilengkapi dengan titik graviti rendah untuk memberi kestabilan lebih baik, terutama ketika memandu di atas lebuh raya - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Volvo Buses baru-baru ini melancarkan bas dua tingkat Volvo B11RLE 6x2 yang pertama kali dibina sepenuhnya dengan kerjasama Sani Express untuk kegunaan domestik dan membuktikan kemantapan teknologi Volvo dalam menyediakan perkhidmatan bas ekspres di Malaysia.

Pelanggan bas ekspres bakal merasa pengalaman menaiki bas ini khusus untuk perjalanan di antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Malah Sani Express Sdn Bhd (Sani) secara rasminya telah menandatangani tempahan bas dua tingkat Volvo B111RLE 6x2 yang baru dibina ini sebanyak 12 unit.

Sani merupakan salah satu syarikat bas besar dari Kota Bharu yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan seperti di lapangan terbang, ulang-alik hotel, antara bandar dan operasi bas di bandar. 

Volvo Buses dan rakannya kongsinya Truckquip Sdn. Bhd. (TQ) telah menghimpunkan pemasangan chasis bas ini di Malaysia serta tampil dengan ciri rekaan bas pintu masuk rendah dan badan jenis ALPHA DD12 TQ
Volvo Buses dan rakannya kongsinya Truckquip Sdn. Bhd. (TQ) telah menghimpunkan pemasangan chasis bas ini di Malaysia serta tampil dengan ciri rekaan bas pintu masuk rendah dan badan jenis ALPHA DD12 TQ

Pengarah Urusan Kumpulan Sani, Wan Mohd Iskandar Datuk Salleh berkata, pihaknya yakin bahawa model Volvo B11RLE yang baru dibeli itu akan meningkatkan lagi rangkaian bas sedia ada milik mereka ke tahap lebih tinggi kerana ia dapat menawarkan keselesaan luar biasa kepada pelanggan yang perlu mengharung perjalanan jauh. 

Volvo Buses dan rakannya kongsinya Truckquip Sdn. Bhd. (TQ) telah menghimpunkan pemasangan chasis bas ini di Malaysia serta tampil dengan ciri rekaan bas pintu masuk rendah dan badan jenis ALPHA DD12 TQ.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng pula,  kerjasama Volvo Buses dan TQ bermula sejak tahun 2015 dengan pemasangan chasis bas bagi pasaran tempatan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam menghasilkan model bas Volvo B11RLE 6x2 yang direka khas untuk Malaysia. Ini sememangnya pendekatan bersifat ‘glo-cal’ dalam menghasilkan produk canggih bersama pengalaman luas daripada Volvo, ditambah dengan reka bentuk badan badan bas yang memenuhi segala keperluan pengguna tempatan,” katanya.

Bas ini direka untuk menjadi raja di jalanan dengan menawarkan keselamatan maksimum menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dipertingkatkan melalui beberapa teknologi seperti Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)
Bas ini direka untuk menjadi raja di jalanan dengan menawarkan keselamatan maksimum menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dipertingkatkan melalui beberapa teknologi seperti Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)

Ia direka untuk menjadi raja di jalanan dengan menawarkan keselamatan maksimum menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dipertingkatkan melalui beberapa teknologi seperti Sistem Pemantauan Pemandu (DMS).

DMS pula berfungsi memberi amaran jika pemandu tertidur seketika atau terleka ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan berpunca daripada pemandu bas yang mengalami micro sleep (tidur yang tidak disengajakan atau tidak dapat dikawal).

Bukan itu sahaja, ALPHA DD12 TQ dibina sebagai sebuah bas yang mempunyai penampilan lebih lebar serta dilengkapi dengan titik graviti rendah untuk memberi kestabilan lebih baik, terutama ketika memandu di atas lebuh raya.

Setidak-tidaknya, dengan pemasangan chasisnya yang diperkenalkan pada tahun 2022 ini, ia sekali gus dapat meningkatkan keyakinan pemandu, menambah baik aspek keselesaan dan keselamatan di atas jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut, mengakui teruja dengan kerjasama yang dijalankan dalam mencipta kenderaan ini.

Anthony Loke Siew Fook yang turut hadir di majlis pelancaran bas ini, mengakui teruja dengan kerjasama yang dijalankan dalam mencipta kenderaan ini
Anthony Loke Siew Fook yang turut hadir di majlis pelancaran bas ini, mengakui teruja dengan kerjasama yang dijalankan dalam mencipta kenderaan ini

“Kami sangat teruja untuk melihat pengeluar seperti Volvo bekerjasama dengan rakan pembuat badan bas tempatan seperti Truckquip dalam menghasilkan produk-produk yang dibina khas demi memenuhi keperluan operasi di peringkat tempatan. Seterusnya memberi pengalaman menaiki dan memandu kepada pengendali syarikat bas. 

“Kami percaya usaha ini akan menggalakkan lebih banyak usaha dan pelaburan ke dalam industri bas tempatan yang akhirnya memberi manfaat kepada para pelanggan apabila dapat menawarkan perjalanan yang lebih selamat, selesa dan menyeronokkan,” kata beliau. 

Volvo Buses akan terus berusaha mengembangkan lagi pasaran bas di Malaysia dengan mencipta kaedah dan teknologi bas yang terbaik. Ini bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh pengendali syarikat bas pada setiap hari selain memberikan pengalaman terbaik kepada penumpang tempatan.

Dalam erti kata lain, kerjasama ini turut memperlihatkan kehebatan Volvo dalam menguasai pasaran  industri automotif yang bukan sahaaj tertumpu kepada  kepada kenderaan seperti  kereta semata-mata, malah bus juga menjadi lambang kehebatan jenama ini. 

Sani Express tentu telah mencapai tahap yang membanggakan dengan keluaran unit bas terbaharu mereka untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. - Getaran, 5 Mac 2023 

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Karier 2 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bowers & Wilkins Pesaing Mantap Untuk Pembesar Suara Kategori Premium

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini