web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

Karier Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 8:00AM

Pengusaha bot tradisional Yusof Nawi, 52, melakukan kerja-kerja pembuatan bot tradisional ketika ditemui fotoBernama di Kampung Seberang Tumbuh hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Industri pembuatan bot di Terengganu telah mengalami revolusi dengan penggunaan teknologi moden, namun masih ada segelintir pengusaha yang memilih bertahan dengan kaedah tradisional.

Yusof Nawi, 52, antara generasi yang masih mengekalkan industri pembuatan bot secara tradisional atas faktor seni, kepuasan dan kualiti bot yang disifatkannya tidak sama dengan penggunaan peralatan serta teknologi baharu.

“Pada awalnya, saya bekerja membuat bot bersama bapa, tetapi pada 2016 saya mengambil keputusan untuk mula sendiri tanpa bantuan sesiapa kerana buat bot ini sebenarnya satu seni, jadi lebih mudah berkarya sendiri tanpa campur tangan orang lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Tumbuh di sini hari ini.

Yusof Nawi - Gambar Bernama
Yusof Nawi - Gambar Bernama

Yusof yang telah berkecimpung dalam industri pembuatan bot tradisional selama 35 tahun yang diwarisi daripada bapa serta arwah datuknya berkata walaupun mengambil masa lama antara dua hingga dua setengah tahun untuk menyiapkan sebuah bot tradisional mengikut saiz dan jenis, beliau amat berpuas hati apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan terutama daripada aspek mutu dan ketahanan.

Bapa kepada lima anak itu berkata setakat ini beliau telah menghasilkan 10 bot nelayan tradisional berukuran antara 18 hingga 20 meter menggunakan kayu seperti cengal.

"Kebiasaannya saya mula kerja pada 7 pagi dan berhenti 6.30 petang atau sebelum waktu maghrib. Bukan mudah nak hasilkan bot secara tradisional ... lebih-lebih lagi kerja seorang. Kadang-kadang kena tunggu mood yang tenang baru boleh bertukang," katanya.

Yusof berkata permintaan terhadap bot tradisional masih tinggi, namun banyak tawaran terpaksa ditolak berikutan kekangan masa dan tenaga kerana proses pembuatannya agak sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Ia belum termasuk cabaran lain seperti cuaca dan kesukaran mendapatkan bahan seperti kayu yang ada kalanya membuatkan kita putus asa. Di Kampung Seberang Tumboh hanya ada dua pengusaha bot tradisional termasuk saya," katanya.

Justeru, Yusuf berharap supaya kerajaan dapat membantu pengusaha bot tradisional mendapatkan pendapatan sampingan, dengan menjadikan bengkel mereka sebagai lokasi tarikan pelancong ke negeri ini khususnya pelancong asing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa