web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


United Tersungkur Di Leicester, Liverpool Benam Watford

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 8:42AM

Soyuncu (kiri) meraikan jaringannya menentang United. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER - Manchester United ditumpaskan di tempat lawan buat kali pertama dalam 30 perlawanan selepas kalah 4-2 kepada Leicester, manakala Liverpool pula membenam Watford 5-0.

Chelsea kekal di persada Liga Perdana Inggeris selepas berhempas-pulas untuk menundukkan Brentford 1-0, manakala Manchester City menang mudah ke atas Burnley 2-0

Tangga tiga teratas di liga dibezakan hanya dengan dua mata, tetapi saingan untuk mahkota liga yang dijangkakan hadir daripada United gagal untuk direalisasikan selepas melabur besar pada jendela perpindahan musim panas dan meningkatkan tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer.

United hanya mampu mengumpul satu mata daripada sembilan dan akan berdepan dengan Liverpool, Tottenham dan City dan tiga perlawanan akan datang.

Gol menakjubkan Mason Greenwood meletakkan pasukan pelawat di hadapan di Stadium King Power, tetapi Youri Tielemans menyamakan kedudukan dengan rembatan yang tidak kurang hebatnya.

Caglar Soyuncu meletakkan Leicester di hadapan, sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan dalam penampilan pertamanya selepas menjalani pembedahan bahu.

Pertahanan United dibolosi lagi, kali ini oleh Jamie Vardy dan Patson Daka melengkapkan jaringan buat The Foxes.

Roberto Firmino membantu Liverpool membenam Watford dengan menjaringkan hatrik pertamanya untuk The Reds sejak 2018.

Sebelum itu Sadio Mane membuka jaringan selepas menerima umpanan dari Mohamed Salah

Pemain Mesir itu juga menyumbangkan jaringan untuk gol ke-10nya dalam jumlah perlawanan yang sama. - AFP

Keputusan lain:

Southampton 1 Leeds 0

Norwich 0 Brighton 0

Aston Villa 2 Wolves 3

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad