web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Sedia Berlumba

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 7:46PM

Hasni (dua dari kiri) menyampaikan insentif kepada Muhammad Shah Firdaus. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yakin dirinya sudah bersedia untuk beraksi dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis, bulan depan. 

Beliau yang sebelum ini mempertimbangkan sama ada ingin menyertai kejohanan itu atau tidak, membuat keputusan untuk beraksi selepas berpeluang meluangkan masa bersama keluarganya sebaik selesai Sukan Olimpik Tokyo 2020, bulan lalu. 

Selain itu, beliau juga yakin dirinya sudah 100 peratus pulih daripada kecederaan yang dialami ketika di Tokyo. 

“Sebenarnya memang sekarang kami sedang buat persediaan di Nilai untuk Kejohanan Dunia bulan depan. Sebelum ini, saya dah bincang dengan jurulatih sama ada nak berlumba atau tidak, tetapi apabila dah dapat jumpa keluarga, jadi saya fikir lebih baik saya pergi. 

“Alhamdulillah, saya juga sudah 100 peratus pulih daripada kecederaan di Tokyo, jadi saya sedia untuk berlumba bulan depan,” katanya ketika ditemui selepas menerima insentif daripada Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Anak Kelahiran Muar, Johor itu sebelum ini mempertimbangkan tentang aksinya di kejohanan dunia kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga, selepas dua tahun tidak berjumpa. 

Hasni (dua dari kiri) menyampaikan insentif kepada Chew Wei Lun. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Hasni (dua dari kiri) menyampaikan insentif kepada Chew Wei Lun. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Beliau bakal menjadi sandaran Malaysia untuk menghadapi kejohanan itu memandangkan skuad negara beraksi tanpa jaguh utama, Datuk Azizulhasni Awang. 

Muhammad Shah Firdaus yang membawa nama negara bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis akan berangkat ke Perancis pada 10 Oktober depan. 

Ditanya mengenai sasarannya pada kejohanan itu, Muhammad Shah Firdaus berkata beliau hanya mahu melakukan yang terbaik. 

“Seperti biasa, saya memang akan buat yang terbaik dan harap tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang beraksi untuk kali ketiga pada kejohanan dunia. 

Terdahulu, Muhammad Shah Firdaus bersama empat atlet kelahiran Johor yang mewakili negara pada Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerima insentif RM5,000 daripada kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka berlatih dan beraksi di sukan berkenaan. 

Turut menerima insentif sama ialah dua jurulatih atlet para, manakala pemenang pingat perak dalam acara para, Boccia iaitu Chew Wei Lun yang berasal dari Johor Bahru pula meraih ganjaran RM15,000. 

Insentif tersebut disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran