web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengadil Gagal Kawal Permainan, SUFC Buat Aduan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:37PM

Pemain Sarawak United FC, Sandro Da Silva Mendonca diasak pemain Negeri Sembilan FC, Beomgeun Bae pada saingan Liga Premier Malaysia 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak United FC (SUFC) akan mengemukakan aduan rasmi terhadap Persatuan Pengadil dan lembaga berwajib ekoran kegagalan pengadil mengendalikan perlawanan dengan baik ketika menentang Negeri Sembilan semalam.

Ketua Jurulatih SUFC, E. Elavarasan berkata, aduan itu dibuat bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Menurutnya, aduan berkenaan mungkin tidak boleh mengubah keputusan perlawanan tetapi ia perlu dilakukan demi kebaikan semua pasukan.

"Kita sedar aduan ini mungkin menimbulkan rasa kurang senang, kita buat ini bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk semua perlawanan selepas ini agar tidak terjadi kejadian seperti ini lagi,” katanya.

Pada aksi Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, SUFC tewas dengan jaringan 1-0 kepada pasukan Negeri Sembilan, sekali gus membolehkan mereka merampas kedudukan pendahulu liga daripada skuad Kenyalang Emas itu.

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada masa kecederaan separuh masa kedua, menerusi tandukan penyerang import Ivory Coast, Francis Kone yang gagal ditampan penjaga gol gentian, Shaiful Wazizi Mohammad.

SUFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee Ramli diperintahkan keluar padang pada minit ke-65, akibat melakukan kekasaran dengan menerjah dada pemain lawan Mohamad Zamri Ramli ketika melompat untuk menangkap bola di udara.

Kone pula dilayangkan kad merah stelah mengutip kad kuning kedua selepas membuka baju ketika meraikan jaringan kemenangan pasukan.

Menjelas lanjut, Elavarasan berkata, pengadil perlawanan Mohamad Kamil Zakaria Ismail dilihat tidak mengendalikan perlawanan dengan baik sehingga mencacatkan keseluruhan permainan.

"Sebelum perlawanan kita telah memberikan nasihat dan peringatan kepada pengadil supaya berhati-hati dengan perlawanan 50-50 ini agar perlawanan berjalan dengan baik.

"Seorang pengadil perlu bijak dalam mengawal keadaan perlawanan, termasuk dalam memberikan sebarang keputusan," ujarnya.

Beliau berkata, terdapat beberapa situasi seperti penalti, kad merah, dan kekasaran yang dilepaskan pengadil.

“Gol tunggal yang dijaringkan Kone pada masa kecederaan memperlihatkan dia menyiku pemain SUFC sebelum membuat jaringan.

"Sepatutnya perlawanan dihentikan kerana berlaku kekasaran dan gol berkenaan dibatalkan, kerana menyebabkan pemain beremosi sehingga menolak pengadil selepas perlawanan," jelasnya.

Menurutnya lagi, walaupun tewas kepada Negeri Sembilan, peluang SUFC merebut kejuaraan liga masih terbuka.

"Bola itu bulat, apa-apa keputusan boleh berlaku dan peluang untuk (bergelar) juara masih terbuka.

"Apa yang penting kita kekal fokus pada perlawanan terakhir menentang JDT II nanti," katanya. - Getaran, 11 September 2021





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad