web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dokumentari JDT Akan Disiarkan Di Discovery Asia Esok

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 5:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dokumentari mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers' bakal disiarkan di saluran Discover Asia, pada 9 malam esok.

JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan dokumentari itu di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemilik JDT bertitah menzahirkan rasa gembira baginda apabila ramai penonton di Asia, akan dapat menonton kisah mengenai pasukan Harimau Selatan itu.

“Saya gembira kini lebih banyak tempat di Asia dapat menonton kisah hebat mengenai JDT dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir, bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” titah baginda hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc Lynn Ng berkata pihaknya sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik.

“Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan JDT adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini,” katanya.

Hantaran itu menyatakan, ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ mengisahkan tentang di belakang tabir bagaimana JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor, semenjak Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.

Hantaran yang sama juga turut menyatakan dokumentari itu akan menceritakan mengenai visi Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepak, ketelitian baginda dalam setiap segi, perkembangan kelab, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, penyokong bangsa Johor yang setia dan sebagainya.

“Isteri Tunku Mahkota Johor Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut akan menceritakan pengalaman baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya Tunku Ismail.

“Dokumentari itu juga memaparkan temu bual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, para jurulatih Akademi JDT, pemain dan penyokong, selain krew kamera turut mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing,” menurut hantaran itu lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar