Berita Terkini

15 jam yang lalu: 5,522 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan 15 jam yang lalu: Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul, tiada kecederaan dilaporkan - Agensi Berita Yonhap 18 jam yang lalu: AirAsia Group Bhd secara rasmi mengumumkan pertukaran nama syarikat pegangan kumpulan kepada Capital A Bhd 18 jam yang lalu: Wan Azizah dipangil ke bukit aman petang ini 19 jam yang lalu: Hampir 50 peratus populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

IKUTI KAMI


Sikap Membuli Peminat Sukan

Minggu ini Senah Sports mengajak kita berbincang tentang sikap kita sebagai peminat sukan, terutamanya apabila berdepan dengan 'upset' seperti yang berlaku di temasya Paralimpik 2020 baru-baru ini.

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 12:22PM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 31 Ogos baru-baru ini, melalui lontaran yang memecahkan rekod dunia, atlet kesayangan kita semua Ziyad Zolkefli hampir memberikan hadiah yang begitu bermakna-- pingat emas di temasya Paralimpik 2020. 

Dan sepertimana yang kita semua telah maklum, hadiah untuk Malaysia itu tidak kesampaian - kegagalan untuk melaporkan diri ke call room tepat pada masanya menjadi punca penyertaan Ziyad di bantah oleh pasukan Ukraine; satu episod yang berakhir dengan pingat emas Ziyad digondolkan.

Ada beberapa sumber yang memberi berita berbeza tentang apa yang berlaku sebenarnya. Ada yang berkata dia hanya lambat 2-3 minit, ada pula ura-ura ada masalah lalu lintas dan terkini timbul pula cerita yang beliau sebenarnya lambat 28 minit walaupun telah tiba di arena.

Yang mana satu betul, penulis harap pihak berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, dapat merungkainya dengan membuat siasatan rasmi oleh jawatankuasa bebas. 

Kita sedia maklum memang ada kelemahan dalam pentadbiran sukan kita - pengulas dan pemerhati sukan negara tidak henti-henti melontarkan pandangan bagaimana kita boleh menambah baik pengurusan kita. 

Tetapi bukan ini yang hendak diketengahkan minggu ini. Yang ingin dibincangkan adalah sikap kita sebagai peminat sukan, terutamanya apabila berdepan dengan upset seperti yang berlaku apabila pingat emas serta rekod dunia Ziyad dibatalkan oleh pihak penganjur.

Apa yang kita lihat, peminat sukan melahirkan rasa tidak puas hati tersebut dengan berkelakuan kurang sopan di media sosial. Pejabat Kedutaan Ukraine di Malaysia terpaksa menutup laman rasmi Facebook mereka akibat diserang dengan berbagai komen sebagai tanda tidak puas hati.

Komen-komen yang disifatkan sebagai ‘abusiveoleh wakil International Paralympic Committee(IPC) begitu memalukan negara di mata dunia, terutama sekali apabila semakin jelas bahawa kesalahan berada di pihak kita. 

Penulis sendiri sebenarnya turut kecewa - mungkin kerana skrip ‘emas untuk Malaysia pada Hari Kebangsaan’ tidak berjaya dizahirkan dan juga telah membuat ciapan ringkas ketika mendengar berita tersebut. Tetapi ada beza melahirkan rasa tidak puas hati dan mengeluarkan komen-komen yang tidak enak dipandang atau didengar. 

Paling sedih sekali, atlet Ukraine yang asalnya berada di tempat kedua dan mendapat pingat emas dengan pembatalan kemenangan Ziyad, turut dibuli.

Maksym Koval mendapati laman Instagramnya dipenuhi dengan cacian dan kata-kata nista, menuduh beliau mencuri pingat Ziyad dek pasukan Ukrainelah yang mengemukakan bantahan.

Ada pula yang menggunakan perkataan seperti ‘bodoh’ dan ‘cacat’ dalam ucapaan hinaan terhadap Koval - yang merupakan seorang atlet dari golongan orang kurang upaya! 

Gambar Fail
Gambar Fail

Mengapakah begini sikap netizen kita? Ya, memang pasti bukan semua, tetapi cukup untuk memalitkan kotoran ke atas nama baik negara. Apakah ini respon kita terhadap apa yang kita rasa sebagai satu ketidakadilan? 

Ini bukan kali pertama penulis melihat perkara ini berlaku apabila ada sesuatu yang tidak memuaskan hati peminat. Ketika pelumba basikal negara, Mohd Shah Firdaus Shahrom, bertembung dengan Jack Carlin dalam pusingan awal persaingan keirin di Olimpik Tokyo, respon netizen sama-- membuat serangan di laman Instagram Carlin.

Shah Firdaus sendiri terpaksa meredakan keadaan dengan membuat kenyataan bahawa ini adalah lumrah dalam sukan lumba basikal terutamanya acara keirin. 

Jadi seolah-olah satu trend, apabila berlaku peristiwa yang tidak mengikut naratif yang kita mahu, respons kita adalah untuk memaki hamun dengan tidak matang, seperti kita masih kanak-kanak yang belum mumayiz.

Apabila tersalah atau tersilap - contohnya, seorang pemain bola sepak bernama Maksym Koval juga diserang dek netizen - tidak pula kita bingkas memohon maaf.

Malah belum nampak lagi netizen yang menyerang laman web Kedutaan Ukraine atau laman Instagram Maksym Koval muncul memohon maaf setelah semakin ketara pembatalan penyertaan Ziyad adalah akibat salah pengurusan kita sendiri. 

Sebenarnya, kalaupun bukan salah Ziyad, sikap memaki membuta tuli ini tidak wajar sama sekali, dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak dapat mengubah keadaan hanya dengan berperangai kurang manis sebegini.

Berasa puas hati dapat melepaskan perasaan pun, hanya seketika dan selepas itu, atlet kita tetap kalah, kecundang dan pulang tanpa pingat. Tapi nama buruk peminat negara, orang ingat sekian lama.

Memang bukan unik kepada netizen Malaysia perangai sebegini. Sikap suka mencaci dan memaki atlet apabila kalah atau tidak mempamerkan persembahan yang baik begitu meluas terutama dalam Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris.

Malah ada peminat yang sudah diambil tindakan undang-undang atas kelakuan mereka di atas talian itu. Tetapi inikah yang kita mahu, dikenali seantero rantau dengan persepsi peminat yang kurang ajar, sepertimana peminat bola sepak dari England sinonim dengan hooliganism

Kita peminat sukan, di mana inti pati persaingan ialah ada kalah dan menang dan jati diri kita terbentuk atas semangat kesukanan.

Tapi kita juga sekadar peminat. Bayangkan kekecewaan atlet itu sendiri, yang sekian lama berusaha, berkorban dan macam-macam lagi. Tidak pula mereka pergi mengamuk dan memaki-maki.

Sebagaimana atlet kesayangan kita menjadi duta negara ketika bertanding - penulis berasa kita sebagai peminat juga perlu menunjukkan sikap berlapang dada yang sama. - Getaran, 4 September 2021

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 18 jam yang lalu

Buat 5 Perkara Ini Untuk Lebih Positif dan Gembira

2

Refleksi 1 minggu yang lalu

Gembirakan Ibu Bapa Biarpun Dari Dunia Berbeza

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

5 Perkara Harus Tahu Jika Masuk Hutan

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Mungkin Menyekat Pencapaian Kejayaan Seseorang

Sorotan

1

“Saya Selesa Atas Katil Sendirian”- Zizan Razak  

2

Keuntungan Bersih Digi Susut Kepada RM1.16 Bilion

3

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phnom Penh

4

Selepas Fries McD, Ayam Goreng KFC Pula 'Hilang' 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Terlalu Awal Bicara Isu MB Johor - Maszlee Malik

oleh Susan Albert

Politik 21 jam yang lalu

SOP PRN Johor Wajar Diperketatkan Bendung Penularan COVID-19

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Kenyataan Pengarah Perhutanan Kelantan Mahu Alih Perhatian Isu Sebenar - Aktivis

oleh Fitri Nizam

Politik 1 hari yang lalu

Jangan Pujuk UMNO Lagi Untuk Bersama BERSATU - Najib

oleh Susan Albert