Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Stuart Sah Dilantik Sebagai CEO MFL - Ab Ghani

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 5:20PM

Stuart Ramalingam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bermula 1 September ini.

Beliau akan menggantikan Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden MFL pada minggu lepas, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyerahkan surat peletakan jawatan pada 12 Ogos.

Ab Ghani berkata keputusan sebulat suara itu yang dibuat pada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini, dilihat sebagai satu keputusan simbiosis yang bermanfaat kepada industri, khususnya kepada pengurusan bola sepak tempatan.

Beliau optimis keputusan memilih Stuart yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dapat memantapkan MFL selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M)

“Pengalaman antara kriteria penting, saya yakin bahawa kehadiran Stuart sudah pasti bakal memberikan anjakan paradigma kepada senario bola sepak tempatan. Saya ingin mengalu-alukan kedatangannya dan saya percaya beliau mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada MFL,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Stuart menerusi kenyataan berasingan merakamkan terima kasih kepada Ab Ghani dan Ahli Lembaga Pengarah MFL atas kepercayaan untuk melantiknya memikul tanggungjawab tersebut.

“Ia pasti akan memberikan saya satu cabaran baharu untuk menyumbang kepada bola sepak Malaysia, dan saya berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam misi mencapai hasil yang diharapkan. Pengumuman hari ini mencetuskan emosi yang bercampur baur.

“Saya gembira dan berpuas hati dengan tugasan yang telah saya laksanakan di FAM. Pastinya saya berasa sedih meninggalkan organisasi yang saya sangat berbesar hati dapat berkhidmat selama ini dan amat berbangga dapat bekerja di bawah teraju Presiden Hamidin ... saya mempelajari banyak perkara sepanjang 37 bulan terakhir ini,” katanya.

Stuart, 44, yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 16 Julai 2018, memulakan karier pengurusan bola sepaknya pada 2008 selepas dilantik oleh FIFA sebagai ‘Professionalisation Consultant’.

Beliau bertanggungjawab memberikan sokongan berterusan dan konsultasi kepada ahli-ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemas kini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).

Empat tahun kemudian, Stuart dilantik menjadi CEO Liga Super Malaysia (MSL) dan diberikan kepercayaan untuk merencanakan struktur FAM dan juga aspek-aspek komersial badan induk persatuan itu.

Pada 2012, beliau menyertai AFC dengan memegang pelbagai jawatan pengarah termasuk Pengarah Kejohanan Kelab-Kelab AFC (termasuk Liga Juara-juara AFC, Piala AFC dan kejohanan-kejohanan Futsal AFC), Pengarah Pemasaran dan juga Pengarah Tanggungjawab Sosial.

Stuart kemudiannya menjadi konsultan kepada Dentsu Sports dan IMG, dua agensi sukan terbesar di dunia pada 2014.

Di Dentsu Sports, beliau juga pernah memegang jawatan Naib Presiden selama empat tahun hingga 2018 dan mengetuai operasi agensi tersebut di Asia termasuk penajaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pengurusan Sukan Asia 2018 di Indonesia dan perencanaan strategi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas penolong setiausaha agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar, 61, dikhabarkan menjadi pilihan utama untuk menggantikan Stuart di FAM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

2

Sukan 1 bulan yang lalu

MFL Minta Maklumat Tambahan Dari Kedah

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

4

Sukan 2 bulan yang lalu

KDA FC Umum Shahrul Samsudin Pangku Tugas CEO

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-kanak 2 Tahun Lemas Dalam Tasik Berhampiran Masjid

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 1 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid