web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MFL Minta Maklumat Tambahan Dari Kedah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 4:01PM

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung status penyertaan mereka di Liga Super musim 2024-2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, maklumat tambahan daripada pasukan Sang Kenari itu akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat suku tahunan ahli lembaga pengarah badan pentadbir bola sepak tempatan pada 6 Mac ini.

Beliau berkata, maklumat tambahan itu merupakan tindakan susulan skuad dari utara tanah air selepas First Instance Body (FIB) memberi tempoh kepada mereka menyelesaikan isu tunggakan gaji pasukan sehingga 5 Mac ini.

"Kami akan maklum kepada pihak media berhubung kedudukan Kedah selepas menerima maklumat tambahan nanti," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Road To Gold (RTG), semalam.

Kedah dilaporkan berhutang gaji pemain untuk empat bulan sejak musim lalu.

MFL boleh mengambil tindakan punitif seperti pemotongan mata dan menolak lesen kebangsaan untuk bersaing dalam Liga Super sekiranya masalah itu berterusan.

Sebelum ini, Melaka United FC, Sarawak United FC dan Perak FC pernah dikenakan pemotongan mata sebelum musim bermula.

Sementara itu, Stuart yang juga Penyelaras RTG berkata, sesi temu duga antara FIB dengan wakil empat kelab Liga Bolasepak Amatur (AFL) M3 yang memohon lesen luar biasa bagi menyertai saingan Liga Super 2024-2025 yang dijadual bermula 10 Mei ini, dipinda dari minggu ini kepada Isnin (4 Mac) susulan kekangan masa.

MFL membuka semula permohonan lesen luar biasa kepada kelab M3 pada Januari lalu susulan keputusan FIB dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super 2024-2025 ini susulan masalah kewangan.

MFL akan memilih hanya satu kelab terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengisi slot ke-14 selepas ketiadaan Kelantan FC. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Tidak Perlu Persoal Penyenaraian Zii Jia Dalam Projek RTG - Penyelaras Projek

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Badminton Dominasi Senarai Atlet Program RTG

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Liga-M: Makan Dan Minum Dalam Stadium Masih Tidak Dibenarkan - MFL

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Piala Malaysia: KL City FC Didenda Beraksi Tanpa Penonton Di Cheras

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad