web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Badminton Dominasi Senarai Atlet Program RTG

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:19PM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah antara atlet yang tersenarai dalam program ‘Road to Gold’ (RTG) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sukan badminton mendominasi senarai atlet dalam program ‘Road to Gold’ (RTG) yang dilaksanakan bagi memburu emas sulung negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata daripada senarai keseluruhan 15 atlet terpilih dalam program RTG, 11 daripadanya melibatkan sukan badminton iaitu pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; jaguh profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah.

Hannah berkata turut tersenarai adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Katanya baki senarai calon atlet terlibat adalah jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua wakil sukan terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.

Menurut Hannah mesyuarat pertama jawatankuasa RTG semalam mengenal pasti dua kriteria utama bagi atlet berpotensi menyumbang emas pertama negara di Sukan Olimpik 2024 iaitu pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia.

Menurut Hannah Jawatankuasa RTG wajar memberi pertimbangan kepada atlet podium sedia ada yang menunjukkan peningkatan pencapaian cemerlang untuk menyertai program tersebut dan tiada kuota ditetapkan untuk senarai atlet. 

Beliau berkata ini kerana RTG akan turut diteruskan bagi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Senarai atlet dijangka berubah apabila kejohanan kelayakan ke Paris 2024 bermula dan tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa RTG serta semakan semula mahupun pemantauan berkala,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hannah berkata penyelaras RTG,Stuart Ramalingam berserta tiga legenda sukan tanah air yang juga ahli jawatankuasa program iaitu Datuk Nicol David (skuasy) Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Datuk Mirnawan Nawawi (hoki) akan bertemu atlet terlibat dan jurulatih mereka dalam masa sebulan.

Katanya pertemuan tersebut bertujuan mendengar keperluan tambahan diperlukan para atlet selain mendapatkan persetujuan serta komitmen mereka mengikuti program tersebut.

Ditanya apakah bentuk bantuan diberikan kepada atlet terlibat dalam RTG, Hannah menjelaskan keperluan setiap atlet termasuk dana diperlukan adalah berbeza.

Beliau juga berkata anggaran perbelanjaan RTG hanya boleh ditentukan selepas pertemuan bersama semua atlet terlibat dan akan diumumkan selepas dikemas kini serta dipersetujui oleh jawatankuasa program.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tiada had ditetapkan bagi perbelanjaan program berkenaan buat masa ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Aziz dan bekas pelumba berbasikal trek negara Josiah Ng dilantik sebagai pembantu teknikal kepada Stuart.

Katanya program RTG juga akan menggunakan dashboard Institut Sukan Negara (ISN) yang menggunakan Athlete Management System (AMS) untuk menganalisis prestasi dan gaya hidup atlet terlibat.

Sementara itu, Stuart percaya Dr Ramlan dan Josiah dapat membantu jawatankuasa RTG terutamanya dalam berkongsi aspek teknikal atlet memandangkan kedua-dua mereka berpengalaman luas dalam bidang sukan sebelum ini.

Mengenai proses pemantauan atlet termasuk empat wakil profesional badminton negara, Stuart berkata kesemuanya akan dilakukan jawatankuasa RTG selepas atlet terlibat memaklumkan keperluan diperlukan mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran