web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liga-M: Makan Dan Minum Dalam Stadium Masih Tidak Dibenarkan - MFL

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 3:14PM

Stuart (kiri) bersama Aaron ketika sidang media pada Majlis Perasmian Tajaan Luno bagi Liga Malaysia di 1 Powerhouse hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan makan dan minum di dalam stadium pada musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih pada 26 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam memaklumkan permintaan untuk memberi kebenaran kepada penyokong makan dan minum merupakan satu daripada tiga pertimbangan ditawarkan badan pengelola liga tempatan itu yang ditolak kerajaan untuk musim baharu Liga-M nanti.

Stuart berkata pertimbangan kedua pula melibatkan kebenaran bagi pemain yang disahkan negatif COVID-19 namun mempunyai kontak rapat dengan pemain positif wabak itu untuk terus bermain, berbanding perlu menjalani tempoh kuarantin ketika ini.

“Kita menggunakan peraturan antarabangsa untuk pertimbangan kedua ini… kita telah alami di Piala AFF 2022 baru-baru ini yang mana terdapat dua pemain berkongsi bilik namun pemain yang negatif boleh main manakala positif kuarantin dalam bilik.

“Peraturan itu bukan kami cipta sendiri tetapi telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa namun kita dapat maklum balas sebab peraturan kerajaan lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai kerjasama bersama rakan penaja baharu Liga-M, Luno, sebuah syarikat aset digital di Malaysia.

Selain itu, Stuart berkata pihaknya turut mencadangkan kuota kemasukan penyokong ditambah namun dengan syarat kedua-dua permintaan lain itu ditunaikan kerajaan terlebih dahulu.

MFL pada Oktober lepas menyatakan bahawa 50 peratus daripada kapasiti tempat atau maksimum 20,000 penonton di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan hadir ke stadium.

Bagaimanapun, beliau berkata MFL memahami mereka perlu berwaspada dengan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini dan akur dengan segala arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

Stuart berkata ini kerana sebagai rakan kerajaan, mereka bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pihak terjamin terutamanya dalam membendung penularan wabak berkenaan.

Sementara itu, Stuart berkata kerjasama selama setahun bersama Luno dengan nilai tajaan berjumlah RM1 juta merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain dan pengaktifan jenama di dalam stadium.

Dalam pada itu, Pengurus Negara Luno Malaysia Aaron Tang menyifatkan kerjasama itu dapat mewujudkan peluang kepada penyokong bola sepak untuk menerokai dunia mata wang kripto. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

MFL Minta Maklumat Tambahan Dari Kedah

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad