web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: KL City FC Didenda Beraksi Tanpa Penonton Di Cheras

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 8:09AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan penyokong KL City FC menceroboh masuk ke padang selepas tamat perlawanan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Melaka United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Ia sebagai hukuman terpaksa ditanggung KL City FC susulan insiden penyokong skuad The City Boys, menceroboh masuk ke dalam kawasan padang sejurus tamat aksi suku akhir kedua antara pasukan itu dan Selangor FC, kelmarin, yang menyaksikan KL City FC mara ke separuh akhir dengan keputusan agregat 3-0.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata insiden berkenaan jelas melanggar peraturan badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu, berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Kemasukan Penonton Perlawanan Piala Malaysia dan Artikel 4.7.2 Manual Liga-M 2021.

Beliau berkata KL City FC sebagai pasukan tuan rumah didapati bersalah melanggar Bahagian 3 (v) SOP Kemasukan Penonton Perlawanan Piala Malaysia 2021, dengan penyokong dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal seperti termaktub dalam peraturan tersebut.

“Pihak MFL telah menerima surat balas dari KL City FC semalam di mana Ahli Lembaga Pengarah MFL bersepakat memutuskan KL City FC dikenakan hukuman perlawanan tanpa penonton, untuk perlawanan separuh akhir pertama,” katanya dalam kenyataan MFL, malam tadi.

Stuart berkata KL City FC juga bersetuju serta mengambil keputusan untuk tidak menjual tiket bagi aksi separuh akhir pertama tersebut.

Pada masa sama, nasib berbeza buat Terengganu FC (TFC) yang dikenakan hukuman lebih ringan, berhubung insiden pencerobohan penyokong ke dalam kawasan padang sewaktu bertemu Selangor FC pada aksi peringkat Kumpulan C di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 7 November lepas.

Stuart berkata sekretariat MFL mendapati TFC melanggar Klausa 4.7.2(i) (f) (5) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga-M, yang menyatakan bahawa kelakuan penyokong atau penonton hendaklah tertib, selain turut gagal mematuhi peraturan penonton hendaklah mengekalkan penjarakan fizikal.

“Sekretariat MFL telah menerima laporan bahawa beberapa pemain TFC tidak mengekalkan penjarakan fizikal dengan penyokong dan telah berlari ke arah penyokong, untuk meraikan gol kedua TFC.

“Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan TFC diberikan amaran keras dan dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut, bagi mengelak daripada dikenakan hukuman lebih berat,” kata Stuart.

Pada perlawanan itu, beberapa penyokong TFC telah melompat pagar stadium dan belari ke arah padang untuk meraikan jaringan bersama pemain skuad Penyu itu, sekali gus mengundang risiko berlakunya penularan COVID-19 dalam kalangan penyokong dan pemain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan