web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Persoal Penyenaraian Zii Jia Dalam Projek RTG - Penyelaras Projek

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 10:28AM

Stuart berkata ranking dunia Zii Jia melayakkan dirinya untuk disertakan dalam projek Road To Gold. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyenaraian pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia dalam projek Road To Gold (RTG) tidak perlu dipersoalkan, kata penyelaras projek Stuart Ramalingam.

Stuart berkata ini kerana Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia adalah perseorangan terbaik negara ketika ini sekali gus tidak wajar diketepikan sekalipun mempunyai sejarah lampau tersendiri.

Menurutnya, penglibatan Zii Jia juga menunjukkan keterbukaan projek RTG dalam memastikan sokongan sewajarnya diberikan kepada mana-mana atlet yang berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik.

“Zii Jia pada masa ini tempat keempat di dunia, secara dasar kita tidak boleh terlepas pandang terhadap Zii Jia ... saya rasa kemasukannya tidak sepatutnya dipersoal kerana dia adalah pemain perseorangan nombor satu di Malaysia.

“Kita tahu dia mungkin ada sejarah yang masih diingati ramai, tetapi perkara itu sedang diselesaikan untuk memastikan peluang terbuka untuk Zii Jia di Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di sebuah hotel di sini, semalam.

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkata demikian ketika ditanya sama  ada Zii Jia masih dianggap calon terbaik untuk membawa pulang emas pertama negara di Sukan Olimpik.

Sebelum ini, terdapat beberapa tanggapan negatif antaranya Zii Jia tidak wajar berada dalam projek RTG memandangkan beliau adalah atlet profesional dan mempunyai penaja.

Mengulas lanjut, Stuart berkata penglibatan Zii Jia dan pemain atlet profesional badminton negara yang lain telah mendapat persetujuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (Presiden BAM) sendiri yang mengemukakan nama-nama atlet profesional ini untuk memastikan peluang diberi juga kepada mereka,” katanya.

Selain Zii Jia, tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi antara keseluruhan 15 atlet yang tersenarai dalam projek RTG.

Sabtu lepas, Zii Jia yang juga juara All England 2021 menyatakan hasratnya untuk memenangi emas sulung negara di Sukan Olimpik ketika pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Stuart di Kuala Lumpur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad