web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tolak Pemain Papan Selaju, Staf MRT Digantung Tugas

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 11:58AM

Tular rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menolak individu yang sedang bermain papan selaju di Stesen MRT Esplanade - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - SMRT menggantung tugas kakitangan stesen MRT selepas rakaman video yang menunjukkan lelaki berkenaan menolak seorang individu yang sedang bermain papan selaju di Stesen MRT Esplanade.

Insiden itu berlaku pada Jumaat lalu, sekitar 10.25 malam, menurut pengendali pengangkutan tersebut dalam catatan Facebooknya. SMRT menambah ia sedang membantu siasatan para pegawai polis TransCom.

"Seorang kakitangan stesen ternampak individu itu bermain papan selaju di stesen berkenaan dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak dibenarkan di premis stesen demi keselamatan para penumpang," menurut SMRT dalam catatannya semalam.

"Apabila kakitangan itu melihat individu tersebut melungsurkan papan selaju ke arah tangga yang juga digunakan oleh para pengguna lain, kakitangan berkenaan berlari ke arahnya untuk menghentikannya daripada berbuat demikian."

Rakaman video di Reddit menunjukkan pemain papan selaju itu keluar dari stesen tersebut. Ketika individu itu sedang melungsur ke arah tangga, seorang lelaki memakai jaket merah dilihat berlari ke arahnya, melanggarnya dan menyebabkannya jatuh ke belakang.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan ia sedang meneliti kes melibatkan kekerasan jenayah. Ia menambah seorang lelaki berusia 36 tahun sedang membantu siasatan.

"Kami meminta maaf kerana kakitangan kami bertindak balas secara keterlaluan," menurut SMRT.

"Dia telah digantung tugas dan akan membantu siasatan." - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad