web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Di Hotel, 7 Rakyat Tempatan Ditangkap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:56PM

Mayat ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh rakyat tempatan ditangkap dalam dua serbuan berasingan, selepas dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Ceylon di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua suspek berkenaan berusia antara 18 hingga 26 tahun.

Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki pada 31 Julai lalu, sekitar jam 5.30 petang di Jalan Kuching.

“Enam lagi suspek dicekup awal pagi semalam, lebih kurang jam 2.15 pagi di sebuah kediaman di Bangsar oleh Bahagian Siasatan Khas D9 JSJ Kontijen Kuala Lumpur dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur di sini.

Azmi berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM24,901, sepucuk pistol angin, sekelopak peluru bearing, satu bungkus bebola plastik dan besi, 31 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 35 keping kad sim, sebuah komputer riba, sebuah motosikal, sebuah kereta dan beberapa barangan lain.

Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek saling mengenali, serta dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan yang menggunakan mule account.

“Pada Jumaat lalu, pihak polis menerima laporan daripada isteri mangsa yang menyatakan suaminya gagal dihubungi sejak meninggalkan rumah pada 29 Julai lalu atas urusan kerja.

“Isteri mangsa juga memberitahu, seorang rakan suaminya ada membawa lelaki berkenaan ke sebuah hotel di Jalan Bukit Ceylon pada 29 Julai,” katanya.

Bertindak atas maklumat tersebut jelas Azmi, polis menyerbu lokasi berkenaan, sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil.

Beliau menarik perhatian, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat trauma objek tumpul di bahagian kepala dan muka, yang mendatangkan pendarahan di bawah selaput otak.

“Setakat ini motif pembunuhan dipercayai memiliki kaitan dengan sindiket penipuan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kesemua suspek direman selama enam hari, bermula semalam hingga 6 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya.

Susulan pembunuhan, polis turut menyiasat kewujudan sindiket penipuan yang menggunakan mule account. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad