web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Editor Bernama Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 6:11PM

Allahyarham Ahmad Kamil meninggalkan seorang anak perempuan dan dua anak lelaki. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Editor Bernama.com, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ahmad Kamil Mohamed Tahir meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 2.30 petang ini.

Menantunya Mohd Noor Firdaus Mohd Azil mengesahkan perkara itu berkata Ahmad Kamil, 60, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dan mempunyai komorbiditi.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 sejak 6 Julai lepas dan berada di unit rawatan rapi (ICU) sejak 8 Julai,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Firdaus berkata jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan Normacella Shanaz dan dua anak lelaki iaitu Ahmad Sadeqh dan Ahmad Redha Aidid.

Difahamkan seluruh keluarga Ahmad Kamil disahkan positif COVID-19 dan dikuarantin sejak 6 Julai lepas.

Ahmad Kamil memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet Bernama pada 1 Ogos 1982 dan pernah menyandang beberapa jawatan termasuk menjalankan tugas Ketua Biro Negeri Sembilan pada 2006, penyunting Meja Berita Am, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) pada 2007 dan timbalan ketua penyunting meja Bahasa Melayu, PBDN pada 2018.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Pembangunan Luar Bandar dari 2003 hingga 2005.

Ahmad Kamil menjawat jawatan Timbalan Ketua Penyunting di Bernama.com sebelum bersara wajib pada 4 Januari lepas.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menyifatkan Ahmad Kamil sebagai sahabat yang sentiasa ceria, peramah dan rajin.

“Beliau antara yang terserlah dalam kumpulan kami pada 1982. Beliau antara pertama yang menjadi ketua biro dalam kalangan kumpulan kami, dan sentiasa menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya,” katanya.

Abdul Rahman turut berkata, beliau amat mengenali keluarganya termasuk isterinya Allahyarham Misnah Umar, bekas wartawan Utusan Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad