web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gembira Bertukar Duka, Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Memukat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 3:05PM

Pos kawalan di tempat kejadian mencari mangsa yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Rui di Kampung Alai dekat Gerik semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Kegembiraan seorang lelaki memukat ikan bersama beberapa rakannya bertukar duka apabila dia dilaporkan terjatuh sebelum hilang dibawa arus Sungai Rui di Kampung Alai, di sini, semalam.

Difahamkan, kehilangan Nor Azam Ishak, 27, dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada jam 5.32 petang.

Jurucakap JBPM Perak berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik sebaik menerima laporan itu.

Katanya, operasi bagaimanapun dihentikan jam 7.30 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap sebelum disambung semula hari ini.

“Operasi yang disambung hari ini diperluaskan pada jarak 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang ketika memukat ikan.

“Operasi pencarian itu turut dibantu anggota BBP Pengkalan Hulu dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar selain pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam di sini, hari ini.

Getaran diberitahu, setakat jam 2 petang hari ini, mayat mangsa masih belum ditemui. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad