web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rentas Negeri, Daerah Untuk Aidiladha Tidak Dibenarkan - TPM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 6:09PM

Ismail Sabri melakukan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Aktiviti rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sehingga Pelan Pemulihan Negara (PPN) memasuki Fasa Tiga dan Fasa Empat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat pihak tertentu menularkan kembali pengumuman kebenaran merentas negeri sempena Aidiladha yang diumumkan tahun lalu.

Menurut beliau, aktiviti merentas negeri dan daerah masih tidak dibenarkan untuk Fasa Satu dan Dua, malah seluruh negara masih berada di bawah dua fasa berkenaan.

“Rentas daerah, rentas negeri di mana-mana fasa pun tidak dibenarkan. Fasa Satu memang tidak boleh, Fasa Dua pun masih tidak boleh, jadi seluruh Malaysia sekarang berada dalam dua fasa iaitu Fasa Satu (membabitkan) beberapa buah negeri, manakala tujuh atau lapan negeri lagi sudah berpindah ke fasa dua.

“Jadi, Fasa Satu dan Fasa Dua pun masih tidak boleh merentas daerah atau pun (rentas) negeri. Saya harap, kita ambil iktibar daripada kes yang berlaku selepas hari raya Aidilfitri dulu,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan pengumuman kebenaran rentas negeri sempena sambutan Aidiladha yang diumumkan beliau Julai tahun lalu.

Setakat ini, lapan negeri sudah beralih ke Fasa Dua PPN iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai peningkatan kes berikutan tindakan individu merentas daerah dan negeri sempena Aidilfitri Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri berkata, masih ada yang berdegil melanggar arahan walaupun prosedur operasi standard (SOP) jelas tidak membenarkan.

“Ramai yang curi-curi balik, ramai yang ikut ‘lorong tikus’ dan kalau kita lihat, kes rentas negeri, kluster rentas negeri memuncak selepas itu. Kes di Terengganu misalnya, seluruh keluarga dijangkiti (COVID-19) dan ada yang meninggal (dunia), begitu juga di Kelantan pun ada kes yang sama, jadi saya harap itu menjadi iktibar kepada kita.

“Walaupun kita pandai nak lari daripada sekatan polis untuk balik ke kampung, saya dah katakan, kita boleh lepas daripada (sekatan) polis tapi tak lepas daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Beliau turut meminta rakyat bersabar dan memberi jaminan, semua aktiviti merentas negeri atau daerah akan dibenarkan sebaik sahaja sasaran imuniti kelompok dicapai.

“Aktiviti merentas daerah atau negeri secara automatik akan dibenarkan sebaik sahaja seluruh negara memasuki Fasa Tiga dan Empat PPN,” katanya. – Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Sukan 2 tahun yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar