web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 8:35PM

Sukarelawan bergambar bersama daging korban yang sedia untuk diagihkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dalam zaman serba canggih dengan kebanyakan individu memiliki pendapatan stabil serta lumayan, pasti ada segelintir daripada kita yang terleka untuk mengambil ibrah atau pengajaran daripada ibadah korban hingga menganggapnya hanya sebagai amalan sedekah biasa.

Namun bagi sebahagian yang lain, ibadah korban besar ertinya.

Dengan kos sara hidup yang kian meninggi, pelaksanaan ibadah korban ini membuka ruang kepada mereka untuk menikmati hidangan 'istimewa' yang jarang diperolehi.

Warga emas, Che Mohammed Din, 82, mengakui sambutan Aidiladha membolehkan dia dan isterinya, Roshidah Mutalib, 60, merasai keenakan hidangan berasaskan daging, yang selama ini hanya mampu dinikmati ketika menghadiri kenduri-kendara.

Che Mohammed Din
Che Mohammed Din

Menurutnya, dia sudah bertahun-tahun tidak membeli daging kerana harganya mahal selain faktor kesihatan berikutan usia yang sudah lanjut.

"Daging korban ini memang banyak manfaatnya buat kami. Saya sendiri dah berapa tahun tak beli daging kerana harganya yang agak tinggi.

"Seingat saya, dulu kali terakhir saya membeli daging harganya mencecah kira-kira RM25 sekilogram. Sekarang ini tak tahulah berapa harganya sebab dah lama tak beli.

"Jadi kalau nak makan daging, hanya tunggu kenduri dan Aidiladha sajalah. Selain itu pada umur begini, kesihatan pun kena jaga juga. Takut pula darah tinggi sebab makan terlalu banyak daging," katanya.

Beliau yang juga bekas buruh am di sebuah sekolah ditemui Getaran sewaktu hadir ke Masjid Zahir bagi mendapatkan daging sempena pelaksanaan ibadah korban di masjid negeri tersebut, hari ini.

Rozalina Zainol (tengah) bersama keluarganya
Rozalina Zainol (tengah) bersama keluarganya

Untuk info, harga bagi sekilogram daging di Kedah mencecah antara RM37 hingga RM38 ketika ini.

Seorang lagi penerima daging korban dari masjid tersebut, Rozalina Zainol, 51, turut menzahirkan rasa syukurnya di atas pemberian daging korban oleh pihak yang melaksanakan ibadah berkenaan.

"Suami saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diserang penyakit angin ahmar baru-baru ini. Dengan pendapatan tidak seberapa ditambah keadaan suami, kami jarang menikmati daging yang harganya agak mahal.

"Hasil rezeki yang ada, saya menyediakan ketupat dan rendang ayam untuk sambutan Aidiladha kali ini. Dengan pemberian daging setiap kali tibanya Aidiladha, setidak-tidaknya membantu kami menjimatkan perbelanjaan," katanya.

Barisan sukarelawan tekun melapah daging korban untuk diagihkan kepada penerima
Barisan sukarelawan tekun melapah daging korban untuk diagihkan kepada penerima

Dalam pada itu Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd. Naim Ahmad memaklumkan, sebanyak enam ekor lembu dikorbankan pada majlis hari ini dengan kerjasama kira-kira 100 sukarelawan.

"Lembu yang dikorbankan itu ada antaranya dikurniakan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, syarikat swasta serta orang ramai. Alhamdulillah, ibadah ini berjalan lancar dengan dibantu sukarelawan terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), ahli jawatankuasa masjid serta orang awam.

"Dianggarkan sebanyak 250 bungkusan dapat diagihkan kepada orang ramai dengan setiap mereka menerima sekati (600 gram) daging," katanya. - Getaran, 19 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Belum Terlambat Buat Ibadah Korban, Jom Semak Pilihan Yang Ada

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Zulhijjah, Mari Raikan Kedatangan Bulan Penuh Fadhilat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad