web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hilang Kewarasan Angkara Dadah, Ibu Mahu Buang Bayi Dalam Longkang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:52PM

Seorang wanita ditahan reman bagi membantu siasatan kerana disyaki cuba mencampak bayi ke dalam sebuah longkang, Selasa lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Angkara najis dadah, seorang ibu hilang kewarasan sehingga sanggup mencampak bayi perempuannya yang berusia 21 bulan ke dalam sebuah longkang, Selasa lalu.

Perbuatan kejam itu bagaimanapun berjaya dihentikan sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Sukri Kaman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin di tepi jalan Lorong Pandan di sini.

Menurut beliau, suspek pada awalnya mahu membuang bayi itu di kawasan Jambatan Panglima Awang, sebelum beralih ke longkang besar berkenaan.

"Sebaik melihat kehadiran polis, wanita terbabit bertindak mengugut akan mencampakkan anaknya itu ke dalam longkang sekiranya dihampiri pihak berkuasa.

"Dia yang pada awalnya enggan memberikan kerjasama akhirnya dapat dipujuk sebelum ditahan, manakala bayi itu pula berjaya diselamatkan,” katanya.

Mohd Sukri memberitahu, suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.

“Ujian air kencing bagaimanapun mendapati dia masih gagal meninggalkan tabiat itu apabila didapati positif dadah jenis Metamfetamin, malah turut berada di bawah pengaruh bahan terlarang berkenaan ketika ditahan.

"Suspek kini direman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dijalankan ke atasnya," katanya. - Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar