web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual, Guru Durjana Dipenjara 20 Tahun, 8 Sebatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 6:02PM

Muhamad Ikram Yusuf dihukum penjara 20 tahun dan 8 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap 2 kanak-kanak lelaki, 2 tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang guru sebuah sekolah agama swasta dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud ketika menjatuhkan hukuman ke atas Muhamad Ikram Yusuf, 25 mengarahkan ia bermula hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghisap kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di bahagian dapur sekolah berkenaan, dalam daerah ini, pada 13 September 2019, jam 4.30 petang.

Pertuduhan kedua pula menyaksikan dia menyentuh kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sekolah yang sama pada April 2019, jam 4.30 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh orang tidak dikenali, tetapi pekerjaan sebagai seorang guru bukan sesuatu yang asing.

Menurutnya, di sebalik berpakaian seperti seorang alim, tertuduh sebenarnya adalah predator seksual.

"Kebanyakan kanak-kanak akan berjumpa dengan guru pada usia muda, tetapi malang (bagi mereka) kerana berjumpa (belajar) dengan mereka (predator seksual)," katanya.

Untuk setiap kesalahan, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan empat sebatan yang dijalankan secara berasingan.

Dia pada awalnya berdepan tiga pertuduhan amang seksual terhadap tiga mangsa, kesemuanya membabitkan pelajar sekolah terbabit antara April hingga September 2019.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan tertuduh tidak bersalah atas satu pertuduhan membabitkan seorang mangsa berusia 9 tahun, selepas pendakwa gagal membentangkan testimoni yang kukuh.

Perbicaraan yang bermula 4 Oktober 2019 itu menyaksikan pendakwa memanggil 19 saksi, manakala pihak pembela mengemukakan hanya seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya P.Kershanathan manakala tertuduh diwakili peguam Dayang Aidaku Amira Aminuddin. – Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad