web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua UMNO Bayan Baru Hadap 106 Tuduhan Rasuah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 3:10PM

Mansor (tengah) mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas 106 pertuduhan menerima rasuah lebih RM11 juta.

Tertuduh, Datuk Mansor Musa, 58, yang juga Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mansor berdepan 42 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613)(AMLATFA 2001), dan 64 lagi mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) (AMLATFAPUAA 2001).

Semua kesalahan tersebut didakwa membabitkan transaksi dan perbelanjaan wang haram dalam bentuk wang tunai, saham, dan hartanah di bawah kuasanya sebagai pengerusi koperasi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung selama satu penggal itu didakwa melakukan semua kesalahan terbabit sekitar September 2011 hingga Ogos tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dibawah AMLATFA. 

Kesalahan di bawah AMLATFAPUAA yang dilakukannya pula membawa kepada hukuman penjara sehingga 15 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Faridz Gohim Abdullah bersama Muhammad Asraf Mohamed Tahir serta Muhamad Azlan Basri, manakala Mansor diwakili oleh peguam Kek Boon Wei dan Helen Ng.

Faridz meminta mahkamah mempertimbangkan wang jaminan sebanyak RM2 juta dengan seorang penjamin, namun Boon Wei merayu mahkamah memberikan jaminan munasabah iaitu RM100,000.

Norhayati kemudiannya membenarkan Mansor diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, proses pendakwaan terhadap Mansor berdepan kesukaran apabila Mahkamah Sesyen Butterworth mengalami gangguan bekalan elektrik selama beberapa kali, sehingga menyebabkan kes terpaksa ditukar ke tiga bilik mahkamah lain, menyebabkan ia mengambil masa sehingga empat jam.

Mansor dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu ini untuk didakwa dengan 54 lagi kesalahan rasuah, menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan sebanyak 160. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad