web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes Pengubahan Wang Haram Shafee Bersambung 22 Julai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 2:02PM

Shafee Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan bersambung 22 Julai di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata perbicaraan kes itu yang sepatutnya memasuki hari ketiga hari ini, dilapangkan berikutan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin akan bersambung pada 22 Julai ini,” katanya ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Sementara itu, peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee ketika dihubungi berkata perbicaraan kes tersebut dijadual berlangsung pada 22 dan 23 Julai serta 6 Ogos ini.

Setakat ini, tiga saksi telah memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Mei lepas.

Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek yang dikeluarkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad