Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Saman Pengundi Parlimen Gombak Terhadap Azmin, Dibicarakan Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 2:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saman yang dikemukakan oleh 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu akan didengar dalam perbicaraan penuh tahun depan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir selepas menolak permohonan Mohamed Azmin untuk membatalkan saman itu.

Akhtar juga menolak permohonan pengundi berkenaan untuk memadamkan sebahagian pernyataan pembelaan Mohamed Azmin.

Hakim membuat keputusan itu melalui prosiding dalam talian hari ini.

Peguam N Yohendra, yang mewakili pengundi berkenaan, mengesahkan perkara itu kepada media melalui pesanan WhatsApp, berkata hakim menetapkan pada 7, 8, 9 dan 10 Jun 2022 bagi perbicaraan kes saman itu manakala 7 April 2022  ditetapkan untuk pengurusan kes.

“Hakim menolak permohonan Mohamed Azmin dan juga permohonan kami untuk membatalkan pernyataan pembelaan Ahli Parlimen Gombak itu dengan kos dalam klausa. Hakim berkata kes saman itu perlu dijalankan secara perbicaraan penuh,” kata peguam itu.

Pada 12 Mac lalu, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan klausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah serta bertentangan atau ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berpendapat tuntutan saman itu melanggar hak asasi defendan iaitu kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 27 November tahun lepas, 10 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Gombak itu telah memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari tahun lepas.

Pernyataan tuntutan mereka menyebut kesemua plaintif, berusia lingkungan 36 dan 64 tahun, memohon antara lain pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.

Pengundi itu mendakwa dengan memungkiri representasi berkenaan, defendan telah melanggar hak perlembagaan, terutamanya prinsip demokrasi berparlimen dan demokrasi perwakilan yang membentuk sebahagian struktur asas perlembagaan.

Oleh itu, kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah melanggar kewajiban fidusiarinya dan tugas-tugas yang terhutang kepada plaintif selain melakukan penipuan terhadap mereka serta menuntut ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 5 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Semasa 1 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Peribadi Ditembak Di KLIA Sudah Sedar

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran