web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lewat Umum PEMULIH Bukti Kerajaan Culas, Malas - MUDA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 1:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), semalam yang didakwa lewat sebulan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, menunjukkan kerajaan ‘culas dan malas’ dalam menjaga kebajikan rakyat.

Menurut jurucakap Biro Politik Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), perkara itu sepatutnya diumumkan sebaik PKP 3.0 dikuatkuasakan, bagi membantu mengelakkan nasib golongan terkesan menjadi lebih teruk akibat COVID-19.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya tidak perlu diberi peringatan bahawa rakyat sedang susah, lapar dan sakit.

“Setiap hari, MUDA menerima aduan dan keluhan daripada penjaja kecil, pelajar, warga emas, petugas kesihatan dan ramai lagi yang perlu hidup tanpa sebarang sistem sokongan sepanjang pelaksanaan PKP 3.0,” katanya.

Jurucakap itu berkata, MUDA mengambil pendirian bahawa bantuan itu harus diberikan secara automatik, tanpa kesukaran proses kelulusan atau sebarang klausa dan syarat supaya tidak membebankan rakyat.

Katanya, perjanjian pindaan moratorium seharusnya bukan sekadar penyedap telinga, yang akhirnya menjerat pemohon di masa akan datang, susulan perubahan pada kadar faedah atau kos tersembunyi.

“MUDA akan memantau rapat semua bentuk perjanjian dikenakan bank dan sekiranya ada aduan bahawa berlaku berat sebelah dalam pemberian moratorium ini, orang ramai boleh menghubungi MUDA di pautan muda.my/lapor,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, kerajaan masih berdegil serta mengamalkan layanan dua darjat antara penjaja kecil dan kilang besar, khususnya sejak PKP 3.0 dilaksanakan kira-kira sebulan lalu.

Ratusan kilang gergasi jelasnya, masih beroperasi seperti biasa menyebabkan kluster tempat kerja terus menjadi penyumbang terbesar jangkitan COVID-19.

“Dalam memastikan kesejahteraan rakyat ketika berdepan pandemik ini, MUDA akan terus memainkan peranan untuk menyemak setiap keputusan kerajaan.

“Rakyat sudah tidak boleh lagi menunggu kerajaan untuk meneliti dan mempertimbang hal sama sejak tahun lepas,” tegasnya.

Kerajaan katanya juga, tidak lagi boleh memberikan alasan sama apabila rakyat sudah semakin susah, lapar dan sakit.

“Pelaksanaan darurat bukanlah satu cek kosong yang menghalalkan tindak tanduk kerajaan tanpa sebarang akauntabiliti,” tegasnya. - Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran