web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 9:27PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) mahu memberi tumpuan kepada usaha membersihkan namanya terlebih dahulu - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta, selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, jawatan Presiden parti buat masa ini digalas Ahli Parlimen Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz selaku Timbalan Presiden.

Jelas mantan Menteri Belia dan Sukan itu, keputusan terbabit diambil selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA petang tadi.

“MUDA diasaskan untuk membawa politik baharu, yang mengangkat maruah dan berintegriti.

“Saya tidak tergolong dalam kumpulan berkenaan. Saya akan mengosongkan jawatan sebagai Presiden sementara membersihkan nama di mahkamah,” katanya.

Jelas Syed Saddiq, beliau tidak akan melibatkan diri dalam sebarang urusan parti selepas ini, walaupun masih kekal sebagai ahli.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, penyalah gunaan harta dan pengubahan wang haram, milik dana ARMADA BERSATU.

Untuk sabitan berkenaan, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan.

Syed Saddiq turut diperintahkan menjalani hukuman penjara empat tahun sekiranya gagal menjelaskan denda. 

Azhar bagaimanapun membenarkan hukuman terbabit ditangguhkan sementara rayuan dikemukakan, dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan. - Getaran, 9 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Syed Saddiq: Mahkamah Persekutuan Arah Kedua Pihak Fikir Semula

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Syed Saddiq Dalang Dalam Kes Subahat Pecah Amanah Dana ARMADA - Pendakwaan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad