web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 7:32PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan membantah permohonan MUDA untuk merujuk isu Perlembagaan berhubung siasatan terhadap Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Persekutuan kerana perkara itu sudah bersifat akademik, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili SPRM dan kerajaan sebagai defendan berkata, persoalan yang dicadangkan oleh MUDA bukan lagi satu isu kerana sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan rayuan lain.

Dalam hujahnya, Ahmad Hanir berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Najib sudah diterima dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada 19 Jun 2023 telah menjelaskannya.

“Datuk Seri Anwar memberitahu Dewan Negara bahawa penemuan SPRM tidak menunjukkan bahawa kesalahan jenayah telah dilakukan. Jabatan Peguam Negara bersetuju dengan kesimpulan itu. Oleh itu, defendan dengan rendah hati memohon agar permohonan MUDA ditolak dengan kos,” katanya kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Peguam, Lim Wei Jiet yang mewakili MUDA berhujah, bahawa SPRM tidak mempunyai bidang kuasa, apa lagi kepakaran untuk menyiasat atau membuat penemuan mengenai pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 atau konflik kepentingan di pihak hakim mahkamah atasan.

“Sebarang aduan pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 hendaklah diarahkan kepada dan diuruskan oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara menurut Perkara 125(3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, atau Jawatankuasa Etika Hakim di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.

“Oleh itu, perkara ini mesti dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 17 Januari depan untuk memutuskan permohonan MUDA itu.

Pada 25 April, MUDA memfailkan permohonan untuk merujuk isu Perlembagaan bagi menentukan sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim mahkamah atasan yang sedang berkhidmat kerana melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan mendengar kes walaupun terdapat konflik kepentingan.

MUDA memfailkan saman pemula pada 12 April, memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk menyiasat dapatan atau pandangan bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat telah melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan mempunyai konflik kepentingan semasa mendengar kes tertentu.

MUDA juga memohon pengisytiharan bahawa penemuan atau pandangan SPRM bahawa Hakim Mohd Nazlan telah melanggar Kod Etika atau mempunyai konflik kepentingan semasa mendengar kes SRC International Sdn Bhd, adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan. - BERNAMA  

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar