web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas 3 Kereta, 3 Suspek Terbabit Pergaduhan Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 2:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam pergaduhan berpunca daripada kemalangan kereta di Jalan 1/1B, Taman Intan Baiduri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, seorang daripada suspek yang mencetuskan pergaduhan dilaporkan tidak berpuas hati dengan pemandu dua buah kenderaan lain dalam kemalangan itu.

Menurut beliau, pergaduhan berpunca akibat kecuaian suspek sendiri yang telah melanggar kenderaan di hadapannya.

“Suspek yang juga seorang daripada mangsa kemalangan telah bertindak mengamuk serta memarahi dua pemandu lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, pergaduhan terbabit cuba dileraikan seorang lelaki lain, yang juga pengadu, sebelum beliau diserang empat individu tidak dikenali.

Tambah beliau, pengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan sebatang besi.

“Setibanya pihak polis di tempat kejadian, kesemua lelaki tersebut telah melarikan diri namun seorang suspek yang dipercayai mencetuskan pergaduhan ini berjaya ditahan.

“Susulan insiden, polis menjalankan operasi untuk mengesan suspek yang masih bebas dan berjaya menahan dua lagi lelaki India kerana disyaki turut terlibat,” jelasnya.

Eng Lai memberitahu, kesemua suspek berusia 24 hingga 29 tahun dengan dua daripada mereka memiliki rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberi keterangan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

“Orang ramai juga dinasihati supaya mematuhi undang-undang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang ingkar,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad