web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Maut Kereta Terperosok Bawah Lori

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 4:08PM

Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang berada dibawah lori berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang wanita maut selepas kereta Proton Persona dipandunya dirempuh sebuah lori hingga mengakibatkan kenderaan itu terperosok di bawah lori berkenaan di Jalan Ipoh-Lumut, dekat Jelapang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan dari Sungai Siput ke Batu Gajah sebelum dirempuh lori berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati sebuah Proton Persona terperosok di bawah lori, selepas dipercayai dirempuh kenderaan berat berkenaan manakala mangsa masih berada di dalam kereta.

“Proses mengeluarkan mangsa segera dilakukan dan lori tersebut terpaksa dialihkan menggunakan kren kerana masih membawa muatan.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebaik diperiksa oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menjalani proses bedah siasat. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad