web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibadah Korban Dibenarkan Di Perlis Dengan Pematuhan SOP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 11:03AM

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perlis membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua masjid hanya dibenarkan untuk mengelola ibadah korban manakala pelaksanaan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah tertakluk kepada keadaan penularan dan perkembangan wabak semasa.

“Pelaksanaan ibadah korban (penyembelihan haiwan korban) hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan dan swasta serta premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs),” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah mereka yang ingin mengelola ibadah korban hendaklah mengemukakan borang permohonan ibadah korban tahun 1442H/2021M negeri Perlis kepada Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs selewat-lewatnya tujuh hari daripada tarikh 10 Zulhijjah 1442H (20 Julai).

Titah baginda, pihak yang mengelola dan menghadiri pelaksanaan ibadah korban perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah pencegahan dan aktiviti jamuan kenduri tidak dibenarkan.

 “Sebagai langkah persediaan untuk solat Aidiladha di tanah lapang, pengurusan masjid adalah diminta untuk melaksanakan persiapan awal dan mengambil langkah-langkah proaktif,” titah baginda.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin bertitah MAIPs sedang mempertimbangkan kebenaran kepada mereka yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menyertai solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan aktiviti-aktiviti lain di masjid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Belum Terlambat Buat Ibadah Korban, Jom Semak Pilihan Yang Ada

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Zulhijjah, Mari Raikan Kedatangan Bulan Penuh Fadhilat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembu 'Kayangan' Pilihan VIP, Golongan Berkemampuan Laksanakan Ibadah Korban

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran